..

..

LIONG SIK NAK LAWAN NAJIB DI MAHKAMAH ,APA TINDAKAN MCA ??

on Thursday, October 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Nampaknya Si Mantan MCA  Tun Dr Ling Liong Sik memilih untuk berentap dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah kerana tetap nak pertahan dakwaanya Perdana Menteri mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya.

Si Mantan Preisden MCA dan Si Mantan PM nampak kini bersatu nak jatuhkan Najib . 

GPB menunggu komen dari MCA tentang cabaran Si Mantan Presiden MCA ini dan apakah tindakan disiplin perlu dikenakan terhadap beliau kerana jelas mencabar menghina PM dan Pengerusi BN .




Tun Dr Ling Liong Sik memilih untuk berentap dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah kerana tetap nak pertahan dakwaanya Perdana Menteri mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya.

Dakwaan bekas Presiden MCA itu dipercayai merujuk kepada wang RM2.6 billion yang sudahpun disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) ia sumbangan derma dari penderma dari Timur Tengah.

Wang itu juga sudah disahkan bukan wang milik 1MBD.

Tidak pasti bagaimana Dr Ling hendak mempertahankan dakwaan berkenaan berasaskan fakta berkenaan.

Beliau mengeluarkan satu kenyataan Rabu tidak akan memohon maaf atas dakwaanya dan hendak bersemuka dengan Najib di mahkamah.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi, saya tetap pertahankan apa yang saya kata. Saya tidak akan meminta maaf.
"Saya katakan kepada perdana menteri, kalau anda memilih untuk saman saya, saya akan membela diri. Dengan segala kerendahan hati, saya terima cabaran anda,”katanya.

Ini susulan dari surat tuntutan Perdana Menteri menerusi peguamnya beri bekas Menteri Pengangkutan itu tempoh tujuh hari untuk memohon maaf jika tidak berdepan tindakan undang-undang.

Dr Ling membuat dakwaan itu pada satu majlis di di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan gesaan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan.

Beliau dilaporkan berkata ,"Saya setuju dengan Mahathir. Kerana, beliau mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya”.
Selain dari kenyataan rasmi SPRM mengenai wang RM 2.6 billion itu,Perdana Menteri sendiri berulang kali telah menjelaskan mengenai wang berkenaan.

Malah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri memberitahu beliau sudah berjumpa dengan wakil penderma wang RM2.6 billion itu.- 7/10/2015


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Majils raja2 pun tk percaya, mcm mana la orang ramai nk percaya. Nak tumpang jd perderhaka jgk ka.

  2. Anonymous says:

    Majlis Raja-Raja Melayu suruh cepatkan selesaikan kes supaya fitnah tak berlarutan.. jangan lagakan Raja dn PM. Usaha pengkhianat tak berhenti disitu.. akan lakukan segala2nya demi untuk balas dendam jatuhkan Najib yang tak mahu dengar cakapnya!

  3. Apa masalahnya dia nak bawa ke mahkamah sebab dia yang disaman oleh Najib... Kalau tak salah buktikan aje dimahkamah... Tak timbul pun dia geng Tun M... sebab dia pun bekas menteri Tun M ..macam Najib juga...

  4. Anonymous says:

    percaya ke nak saman?
    gertak je tu ...

    dulu nk saman WSJ? ... ada ker saman?
    susah sangat ke nak saman?
    kalau teruskan saman , semua yang ditutup akan terburai ...

    mungkin sbb tu Liong sik tak takut ...
    sbb mungkin dia tahu , saman tak akan diteruskan
    kalau di teruskan ...jeng..jeng ....jeng...

  5. Anonymous says:

    Whoever the donor, he trust Najib more than Dr M. However, if the donor chose not to tell his name or country publicly, Malaysia must protect him. May Allah bless Najib.....Melayu Singapura.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.