..

..

KETUA BAHAGIAN LUAHKAN KECEWA SIKAP MUHYIDDIN MEMBURUKKAN UMNO & PM

on Thursday, October 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Tiada sebarang komplot untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya kebanyakan ketua Umno bahagian melahirkan rasa dukacita terhadap sikap yang ditunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, kata-kata Muhyiddin untuk mempertahankan Umno tidak selari dengan tindakannya yang cuba memburukkan Umno selepas mesyuarat Majlis Tertinggi.

Menurutnya, tindakan itu membuatkan ramai ketua bahagian bosan dengan sandiwara yang sengaja dimainkan Muhyiddin.

“Situasi sekarang ini terlalu banyak cerita buruk yang diperkatakan mengenai parti.

“Ini memberikan gambaran tidak baik kepada pemimpin dan ahli di peringkat bawahan. Beliau adalah pemimpin tertinggi dan seharusnya menunjukkan kesetiaan terhadap parti dan juga Presiden,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Manan berkata, Muhyiddin ibarat cuba menagih simpati dan menganggap dirinya dianiaya oleh orang-orang yang tidak menyokongnya.

“Kalau nak jadi pemimpin, kita kena telus, jujur dan ikhlas. Bukan di depan lain, di belakang lain,” katanya.
Beliau berkata, dakwaan mengenai gerakan untuk menjatuhkan Muhyiddin adalah tidak benar kerana semua bijak menilai untuk memilih pemimpin.


7 Responses

  1. Anonymous says:

    Yang ni dapat berapa juta dari najib? bkn apa... sbb shahrir samad dah mengaku dapat berjuta dari najib.... tu yg tanya tu.... yg lain pulak dpt tak.... tak adillah kalau tak dapat.....

  2. Simple.
    Kalau betul2 ikhlas dan berani minta Najib bentang penyata kewangan Umno 2013.

    Kita tengok ada atau tidak, duit 2.6b diguna oleh Umno Pusat.

    Ketua bahagian Umno Paya Besar ni jugak kita minta buat akuan bersumpah, ada atau tidak terima duit derma drpd Najib.

    Buktikan jugak, duit tersebut adalah sebahagian drpd 2.6b yg dikaitkan utk membantu Umno.

  3. Alah. .nak heran apa mantan PM Pak Lah kata si Muhyiddin ni jenis mempromosi sifat mungkir janji

  4. Anonymous says:

    Yang DSMY cakap didepan tu semua orang dengar dan tahu. Yang dikatakan dia cakap lain dibelakang, cuba yang menuduh beri tahu dan jelaskan bagaimana boleh dengar?

  5. Anonymous says:

    Rakyat sungguh kecewa dengan ketua bahagian kerana tidak membawa suara rakyat yg mula tak percaya UMNO ke peringkat pusat.

  6. Betul.
    Setuju.
    Ramai dah bijak dalam memilih pemimpin.
    Sbb itu....rakyat dah nak buat pertukaran.
    Suka atau tidak...itu akan berlaku.

  7. Anonymous says:

    Setuju dan sokong apa adzzam adzzam kata

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.