..

..

KENAPA MUHYIDDIN BERMASALAH SANGAT DENGAN 1MDB ??

on Sunday, October 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



PENULIS agak tidak faham dengan tingkah laku bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam isu 1MDB.  Entah apa yang dia cuba cari dan entah apa yang dia cuba capai.  Ibarat main bola tapi tiang golnya entah dimana.

Sebelum kena tendang keluar dari kabinet Muhyiddin asyik bising tak faham tentang perkembangan 1MDB – walhal dia adalah anggota kabinet yang sudah dengar macam-macam penjelasan mengenai syarikat berkenaan dari luar dan dalam.  Malah ketika syarikat itu ditubuhkan, Muhyiddin adalah anggota kabinet yang sama.

Bila dah kena tendang keluar dari kabinet, tak nampak lagi Muhyiddin bercakap apa yang sebenarrnya dia tak faham pasal 1MDB, apa pun ulasan Muhyiddin selepas itu adalah ulasan umum.  Tapi asal ada pihak buat kenyataan pasal 1MDB yang tidak berpihak kepada kerajaan, Muhyiddin akan sambut cepat.  Perasan tak?

Ingat, semasa Khairy Jamaludin buat kenyataan mahu isu 1MDB ni diselesaikan segera, Muhyiddin sambut dengan kenyataan medianya tak lama selepas itu.  Terbaru, kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelmarin, tak sampai sejam keluar, Muhyiddin dah siap kenyataannya.

Macam rancang-rancang pun ada, macam tunggu-tunggu pun ada.  Anehnya tu bila semalam pejabat Peguam Negara sahkan siasatan Bank Negara tidak menunjukkan ada pegawai 1MDB yang melakukan apa-apa kesalahan, Muhyiddin tak nak pulak komen, pasal tak berat arah dia agaknya.

Apa sebenarnya yang tak kena dengan Muhyiddin ni?

Penulis bagaimanapun tak nak berspekulasi kerana kita semua tahu sekarang perkara buruk berkaitan 1MDB ini adalah sebahagian konspirasi Tun Mahathir dan rakan-rakannya untuk jatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan, cuma kelihatan macam Muhyiddin sudah jadi sebahagian dari komplot itu.

Kalau ini benar, nasihat penulis, berhentilah buat kerja seperti itu.  Ia tidak membantu UMNO sama sekali.  Lebih baik Muhyiddin jelaskan apa sebenarnya yang dia tidak faham lagi mengenai 1MDB ini, penulis yakin 1MDB bersedia menjawab semua persoalan tersebut bila-bila masa.  Rakyat masih tertenya-tanya ni, apa masalah sebenar Muhyiddin dengan 1MDB?

Hutang ke? Guna modal kerajaan ke? Atau macam mana?  Kita nak tahu sekarang tapi nampaknya Muhyiddin bukan nak cari penyelesaian tapi  bermain politik yang hanya memanjangkan kekeliruan orang. - MYKMU-


7 Responses

  1. Anonymous says:

    Muhyiddin ni tak boleh pakai. Masih bercita2 nak jadi PM dan sanggup menjadi pariah Mahathir. Tak kira apalah, guna isu 1MDB, isu derma, guna kuasa Sultan dll janji dapat jadi PM walau pun sehari. Kalau jadi PM habis tanah orang Melayu tergadai macam zaman dia jadi MB Johor dulu.

  2. meli says:

    Apa yg mykmu tak suka sgt kpd muhyidin ni...apa yg hebat sgt najib dlm hal 1mdb...segala persoalan tidak dijawab..

  3. meli says:

    Apa yg mykmu tak suka sgt kpd muhyidin ni...apa yg hebat sgt najib dlm hal 1mdb...segala persoalan tidak dijawab..

  4. Anonymous says:

    Dia bukan bermasaalah dengan 1MBD, tapi dia tak boleh tengok kalau ada orang nak jual negara murah2 demi kepentingan peribadi...
    Isu 1mdb yang sebegitu besar membabitkan dana berbilion, sehingga boleh membankrup negara pun korang dok lena lagi... dah tu pulak, dok hairan kalau orang persoal 1mdb.... jadilah melayu yang cerdik... jgn jadi otak tahap melayu proto...

  5. Anonymous says:

    Saya pun kurang faham dengan penulis..

    Entah apa yang penulis cuba cari dan entah apa yang penulis cuba capai.

    Rakyat masih tertenya-tanya ni, apa masalah sebenar dengan 1MDB?

    Kita nak tahu sekarang tapi nampaknya penulis bukan nak cari penyelesaian tapi bermain politik yang hanya memanjangkan kekeliruan orang

  6. Anonymous says:

    SALAM BRO,SI PENULIS SAJA YANG TAK FAHAM APA KEHENDAK TMYS.TMYS MINTA PENJELASAN MENGENAI 1MDB.HINGGA SEKARANG PUN TAK NAMPAK BAYANG.SALAH KE TMYS BERTANYA MENGENAI 1MDB ?

  7. tetiba tibal Muhyidin pulak..baru sekali je dia bersuara lepas titah raja-raja..nampak sangat kalut tak tentu pasal...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.