..

..

KENAIKAN TOL: PENINGGALAN PERJANJIAN TUN MAHATHIR KEPADA PM SEKARANG & RAKYAT

on Tuesday, October 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Ini sejak tahun 2013 punya cerita .... setiap kali tol naik , macam-macam versi cerita keluar . Ramai yang tak nampak perjanjian konsesi yang dah dibuat sebelum zaman Najib Razak jadi PM lagi . Perjanjian konsesi yang dibuat bukan setakat 4-5 tahun je . Makan puluh-puluh tahun .... kroni makan tak abis tauu . ni sama macam kes IPP la , sekali buat perjanjian jenis makan puluh-puluh tahun . Kalau naik je harga ... rakyat tak kasi 'middle finger' dekat PM yang buat perjanjian tu , rakyat akan kasi 'middle finger' dekat PM yang ada sekarang . Kalau PM yang ada sekarang tamatkat perjanjian konsesi , mau kerajaan kena saman jota-jota , billion-billion .


Dua tahun lepas aku ada tulis satu artikel berkenaan kenaikan tol dan syarikat-syarikat serta pemegang saham yang terbabit. Bukan semua konsesi tol adalah hak milik kerajaan , malah ada konsesi tol yang terlibat adalah hak milik anak syarikat kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Sekiranya pihak konsesi tidak mendapat persetujuan kerajaan untuk menaikkan tol , maka mereka berhak memperoleh jumlah pampasan tertentu dari pihak kerajaan seperti yang terkandung dalam perjanjian konsesi.

http://bidaman.blogspot.my/2013/12/tol-kesas-sprint-tak-dinaikkan-kerajaan.html

Melalui satu kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Syarikat Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) pada 26 June 2015 ,


"Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini. Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A. Kadir berkata keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya."

http://www.malaysiakini.com/news/303182

Bekas Perdana Menteri sendiri mengakui beliau melakukan kesilapan apabila memberi kelulusan dalam konsesi yang akhirnya menyusahkan rakyat sehingga kini.

http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2007/1/5948/dr-mahathir-bersetuju-demonstrasi-bantah-tol.html

"Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu.

“Kabinet hanya meluluskan dari segi prinsip. Mereka tidak betul-betul mengkaji implikasi beberapa bahagian dalam perjanjian tersebut,” 

"Anggota kabinet bukan pakar-pakar. Mereka adalah ahli-ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya boleh jadi begitu bodoh. Apabila ada perjanjian, perjanjian itu dibuat oleh pegawai-pegawai dan perjanjian yang diserahkan kepada kabinet biasanya tidak mempunyai perinciannya," 

Dek kerana kelemahan perjanjian konsesi selain IPP yang dibuat itu , maka manifestasi kelemahan diserlahkan sekarang. Kerajaan buta-buta bayar berbillion ringgit setahun kepada syarikat-syarikat konsesi yang kebanyakkannya kroni-kroni . Ramai yang memuji-muji pentadbiran bekas Perdana Menteri itu hebat dengan terbinanya KLCC, KLIA, Putrajaya , lebuhraya , stesen janakuasa dan macam-macam lagi . 


Tapi berapa ramai yang tahu isi kandungan perjanjian-perjanjian untuk membina semua itu ? Apa kelemahan dalam perjanjian itu ? Seperti yang diakui sendiri oleh Tun dalam kenyataan yang dibuat beliau.



Malangnya sial dan badi segala projek ini hanya datang selepas berbelas tahun . Yang menanggung beban dan maki hamun rakyat ialah individu yang mewarisi segala perjanjian berat sebelah ini . Paling mengecewakan ialah orang yang bertanggungjawab memulakan semua perjanjian berat sebelah ini pun tumpang sekaki mengeruhkan lagi suasana . Apa pilihan yang kerajaan ada sekarang ?

i. Abaikan perjanjian konsesi dan dikenakan tindakan saman ? Kos mungkin mencecah puluhan billion ringgit.

ii. Tanggung kos kenaikan tol ? Kos mungkin mencecah sehingga 2 billion ringgit setahun

iii. Rakyat tanggung ? Kos-nya kena maki hamun je berbillion bakul ... duit billion2 yang dijimatkan daripada bayar konsesi buta-buta buat pembangunan lain atau penambahbaikan infra untuk rakyat.


SUMBER : BIDAMAN 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    bila nk bubar parlimen? tak sabar nak tunggu PRU ni..pembangkang sudah tentu undi pembangkang, ahli umno belum tentu undi umno kalau pm tak nak letak jawatan.

  2. Lagi cepat pilihanraya lagi bagus, nak tengok siapa yang nak bungkus, dulu saya penyokong tegar Umno, tapi sekarang tak lagi..termasuk dengan ahli keluarga saya.".langit tidak selalu cerah"..selamat tinggal parti keramat Umno, selagi pemimpinnya masih ada sifat berlagak dan ego

  3. Anonymous says:

    bayar RM1B utk rakyat ungkit..najib songlap RM2.6B duit rakyat senyap lak

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.