..

..

HANYA PRU BOLEH JATUHKAN NAJIB BUKAN DAKWAAN TIADA BUKTI #1MDB

on Friday, October 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




1. Bukan sesiapa boleh menentukan kedudukan DS Najib Razak, termasuklah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, melainkan hanya rakyat melalui pilihanraya umum.

2. Apa yang malang, bagi pemimpin yang menyertai sidang akhbar Tun Dr Mahathir pada 12 Oktober lalu termasuklah Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno serta MP Gua Musang serta tiga mantan pemimpin, terlihat benar, bagaimana, jika seseorang itu bukan lagi ditampuk kuasa, menganggap, bahawa mereka, masih relevan di mata rakyat.

2. Tun Dr Mahathir perlu sedar, pada PRU-13, beliau menyokong penuh kepimpinan DS Najib, selain itu, ikut sama berkempen pada PRU tersebut, namun pencapaian BN, bukan bertambah baik, akan tetapi menurun, malah julung kalinya kehilangan sokongan popular. Sebaliknya, parti Umno menambah bilangan kerusi daripada 79 kepada 88, ertinya sokongan tidak berbelah bahagi kepada DS Najib sebagai Presiden Umno.

3. Tun juga perlu menerima hakekat, bahawa di Bahagian yang beliau terajui lebih 20 tahun, Kubang Pasu, pun pernah menolak beliau, selepas bersara sebagai Perdana Menteri.

4. Menabur berbagai dakwaan terhadap DS Najib, termasuk mempergunakan dengan maksimanya, isu 1MDB dan wang derma USD681milion, tidak akan boleh menurunkan DS Najib sebagai Perdana Menteri, selagi ahli Umno yang memberikuasa kepada AMT Umno, serata Ketua-Ketua Bahagian, masih menyokong Perdana Menteri ke-6 tersebut.

5. Sehingga kini, majoriti ketua-ketua Bahagian Umno dibelakang Perdana Menteri, malah seluruh Komponen Parti masih berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri.

6. Hanya mereka, yang tiada kedudukan dalam Umno yang menentang DS Najib dengan berbagai macam dakwaan, agar supaya PM kelihatan lemah dan tidak kompeten.

7. Rakyat perlu mengerti, 7 pemimpin yang menyertai Tun Dr Mahathir pada sidang akhbar pada Isnin lepas mempunyai agenda masing-masing. Mereka berpakat, hanya satu tujuan, mahu menjatuhkan DS Najib.

8. Perbuatan menjatuhkan Najib, merupakan satu tindakan tidak menghormati rakyat yang telah memberi mandat kepada beliau pada PRU-13 untuk memerintah negara untuk sepenggal. 

9. Tuduhan kepada DS Najib hanya merupakan dakwaan, belum terbukti, apa kah PM itu telah menyalah gunakan kedudukan beliau untuk kepentingan peribadi.

10. Berkaitan dengan derma USD681milion, telah berulang kali dinyatakan, wang itu adalah wang parti, dan DS Najib juga telah berulang kali membuat pengakuan, bahawa beliau tidak pernah menggunakan sebarang kewangan yang beliau terima bagi pihak parti untuk kegunaan beliau sendiri.

11. Berkaitan dengan 1MDB, setakat ini, belum terbukti, atau berdasarkan sebarang maklumat, bahawa ada wang syarikat milik MOF itu telah hilang, malah pengurusan syarikat itu mencabar sessiapa sahaja untuk mengemukakan bukti, berkaitan dengan penyelewengan dalam syarikat tersebut.

12. Mereka yang membuat berbagai tomahan terhadap 1MDB, bagaikan kesah sibuta dengan sang gajah. - SUMBER -


One Response

  1. Anonymous says:

    Terimaksih. Setuju. Itu yg betul berteraskan prinsip demokrasi.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.