..

..

FAKTA TENTANG SOSMA & MENGAPA KHAIRUDDIN SABOTAJ NEGARA DITAHAN

on Monday, October 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



) Khairuddin telah membuat laporan polis di Perancis, Switzerland, London, Singapura serta Hong Kong berhubung isu 1MDB kerana kononnya tidak lagi yakin penguatkuasa di Malaysia mampu menjalankan siasatan secara adil.
2) Penahanan Khairuddin di bawah Sosma bukanlah kerana beliau lantang bersuara mengkritik 1MDB sebaliknya atas tindakannya membuat laporan polis di beberapa buah negara ini.
3) Akta Sosma juga digubal bukan semata-mata untuk mencegah keganasan sebaliknya akta ini digubal berdasarkan tiga perkara lain iaitu menimbulkan rasa tidak setia kepada Yang Dipertuan Agong, memudaratkan ketenteraman awam serta mendapatkan perubahan selain dari cara sah yang menurut undang-undang.
4) Selain daripada itu, Fasal 3(b) akta Sosma juga memberi tafsiran berkenaan maksud perkataan ‘maklumat sensitif’ iaitu perkara yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam, dan hubungan antarabangsa sama ada atau tidak dikelaskan sebagai rahsia besar, rahsia, sulit atau terhad.
5) Justeru, tindakan Khairuddin yang membuat laporan polis di luar negara adalah jelas telah melanggar dua dari empat objektif utama penggubalan akta Sosma ini iaitu memudaratkan ketenteraman awam dan mendapatkan perubahan selain dari cara yang sah menurut undang-undang. Tindakan beliau juga secara tidak langsung telah mendedahkan maklumat sulit seperti yang ditarifkan melalui akta Sosma ini.
6) Tindakan beliau membuat laporaan polis di luar negara bukan sahaja mengundang campur tangan pihak luar terhadap hal ehwal dalaman negara malah mampu memudaratkan kedaulatan negara sekaligus menjejaskan hubungan antarabangsa antara Malaysia dan negara-negara terbabit.
7) Tindakan Sosma yang diambil ke atas Khairuddin bukanlah kerana beliau lantang mengkritik serta bersuara dalam isu 1MDB sebaliknya ianya diambil atas tindakannya yang membuat laporan polis di luar negara. Sosma bukanlah semata-mata untuk mencegah keganasan malah terdapatnya peruntukan lain.
8) Maka jelas, penahanan Khairuddin adalah selaras dengan peruntukan di bawah Sosma.






2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kah kah kah .. dia suruh siasat siapa ? 1MDB la bukan kerajaan.. kah kah kah

    dah nama pun siasat .. kalau tak salah nak takut apa ??? kah kah kah

  2. Anonymous says:

    TUN dah keluarkan "wahyu" dia...SOSMA hanya untuk pengganas.... mana2 pendukung setia TUN akan anggap itulah kenyataannya.... tak payah baca keseluruhan aktapun...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.