..

..

DEMI BURUKKAN ZAHID , MALAYSIAKINI SANGGUP BUAT JUGA KERJA FITNAH SIA SIA @Zahid_Hamidi

on Monday, October 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Kecoh kelmarin artikel media pro Kerajaan iaitu Berita Harian yang silap melaporkan berita di portal online dengan mendakwa DS Ahmad Zahid Hamidi menyebut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar daripada UMNO. 

Tetapi artikel itu telah ditarik balik selepas selepas didapati tidak disebut langsung oleh beliau. 

Malangnya ia  sengaja dijadikan bahan oleh  Malaysiakini  untuk memburukkan Zahidi Hamidi dengan melagakan dengan Muhyiddin Yassin dengan tajuk artikel seperti  di bawah . 

Tetapi apabila mendengar dan lihat  sendiri video AWANI  menemuramah  DS Ahmad  Zahid Hamidi jelas langsung tidak menyebut agar Muhyiddin Yassin keluar UMNO . 

Berikut komen penuh DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Beliau Setia Kepada DS Najib Walau Jadi Pilihan Utama Tun Mahathir

" Saya fikir, dalam politik, hakikat menjadi elemen utama dalam menentukan kedudukan seorang, saya menghormati apa yang dilontarkan oleh TS Muhyiddin, dan saya juga menghormati perasaan beliau, namun, saya fikir, realiti yang harus dihadapi, ialah kita tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu yang pernah berlaku tapi tidak menjadi realiti.

Apa yang perlu diterjemahkan ialah jika sesuatu itu harus dilihat dari segi dokongan kepada organisasi yang pernah kita berada di dalamnya, maka, itulah yang harus kita jadikan pegangan dan bukan dengan memberikan lontaran pandangan yang berbeda. dan kita harus berikan dokongan terhadap kepimpinan yang ada sekarang ini kerana itulah yang telah ditentukan oleh rakyat dalam PRU yang lalu.

Dan kalau mana-mana individu yang tidak merasakan seseorang itu harus terus berada di tampuk kepemimpinan, orang itu bolehlah tawarkan diri untuk sama-sama organisasi lain, dan buktikan kepada rakyat bahawa individu itu lebih baik dari mana-mana tokoh kepimpinan yang ada, eloklah kita tunggu PRU untuk bersama-sama dalam gelanggang untuk menentukan dimanakah pilihan rakyat ketika itu."

Ini menunjukkan Malaysiakini berniat jahat membuat persepsi buruk dan jahat terhadap kepimpinan UMNO dengan melaga-lagakan dan memutarbelitkan  tajuk berita menjadi sensasi.

Selain  Malaysiakini portal berita yang menyajikan berita sampah fitnah   ,  bekas pegawai Tan  Sri Muhyiddin iaitu Feriz Omar juga di dalam artikelnya turut memfitnah memburukkan Perdana Menteri dan  Timbalan Perdana Menteri dengan membuat pelbagai dakwaan dan spekulasi jahat  . klik di sini

Diharapkan ahli-ahli UMNO tidak mudah terperdaya dengan dakwaan  pelbagai versi walaupun dari  dalam parti sendiri  yang dibuat untuk  menjatuhkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO . 

3 Responses

  1. Kami sudah baca kedua-dua artikel yang berkaitan, yakni
    http://mynewsasia.com/503-2/
    dan
    http://mynewsasia.com/514-2/
    memang sah bahawa Berita Harian telah lakukan kesilapan besar. Zahid patut saman Berita Harian segera. Baca teliti, #myNEWSasia tak fitnah malah bukan pembangkang punya, geng UMNO punya. Saya baca setiap satu rencana mereka. Bahan kupasan mereka nampak mulia, bijak dan patut kita ketengahkan demi Islam, Melayu dan Malaysia ...

  2. ody odeng says:

    VIRAL | PENTING

    KENYATAAN “ZAHID MAHU MUHYIDDIN KELUAR UMNO”, TAFSIRAN PENULIS BERITA HARIAN?
    Oleh Feriz Omar

    [Foto : Keratan Rencana BH Online Pembetulan Laporan Zahid Hamidi]

    KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2015 – Berita Harian melaporkan bahawa tindakan menarik balik rencana mereka adalah kerana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebenarnya tidak menyebut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar daripada UMNO seperti yang dilaporkan sebelum ini.

    Berita yang disiarkan adalah tafsiran penulis terhadap jawapan yang diberikan oleh Zahid dalam sidang media petang semalam.

    Menurut Berita Harian, apa yang menjadi keutamaan sekarang bagi Zahid adalah memberi fokus untuk memperkukuhkan parti dan mendokong kepimpinan sekarang.

    Dalam rencana Berita Harian yang ditarik balik sebelum ini, Zahid mahukan Muhyiddin keluar dari UMNO dan Muhyiddin juga dinasihatkan tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu sudah berlaku tapi tidak menjadi realiti.

    Menganalisa semula rencana tersebut, kenyataan Zahid itu adalah terlalu ringkas dan agak susah untuk diterima akal bahawa ia dikatakan tafsiran penulis dan bukan dari Zahid sendiri.

    Rakyat mungkin boleh terima jika terdapat ‘pembetulan’ dalam rencana sebelum ini. Yang paling memusykilkan adalah apabila rencana asal tersebut tidak dikekalkan oleh Berita Harian. Sebaliknya, ia diturunkan sepenuhnya. – MNA

    http://mynewsasia.com/514-2/

  3. ody odeng says:

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.