..

..

DAP GELAR USUL UNDI TAK PERCAYA PKR SEPERTI MAIN GULI

on Tuesday, October 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




19 OKT : Mungkin terlalu ghairah mahu jadi hero agaknya, ahli parlimen PKR Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri secara individu tanpa merujuk parti pembangkang lain.
Usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak dibuat Loy Sian menunjukkan bahawa pakatan pembangkang jelas tidak sehaluan dengan PKR, DAP dan Amanah masing-masing mempunyai agenda tersendiri demi survival politik di Malaysia.
Sepatutnya usul yang dianggap penting dan besar oleh mereka untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri tidak sewajarnya dibuat seorang ahli parlimen biasa.
Sebaliknya, inisiatif sedemikian seharusnya dilakukan gabungan parti-parti pembangkang demi mendapatkan undian yang lebih menyeluruh.
Lantaran itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengarahkan ahli parlimen PKR itu menarik balik usulnya dengan alasan bahawa isu penting seumpama itu seharusnya dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Jika kita mahu singkirkan Perdana Menteri, ia tidak seharusnya dibuat oleh Ahli Parlimen biasa, sama juga yang berlaku di luar negara.
“Ini bukan permainan seperti main guli.
“Jika kamu mahu merendahkan kepentingan usul itu dengan main guli, silakan,” kata Guan Eng di lobi parlimen.
Dalam pada itu, Wan Azizah dalam sidang media kemudiannya memberitahu bahawa usul itu akan difailkan mengikut Seksyen 26 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Kita akan fail usul tidak percaya di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Ikut peraturan, apabila usul tersebut difailkan maka kita perlu tunggu 14 hari notis untuk tahun ia diterima atau tidak,” katanya.
pc phKetergesaan Wan Azizah menyatakan persetujuan dengan saranan Guan Eng juga menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau adalah sekadar Ketua Pembangkang yang tidak berkredibiliti.
Ia juga dengan terang menunjukkan bahawa PKR selama ini hanyalah parti suruhan kepada dinasti Lim yang sudah menguasai DAP sejak sekian lama.
Kehadiran Pengerusi Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu di parlimen juga menunjukkan bahawa Amanah juga sekadar parti macai kepada DAP kerana beliau bukan ahli parlimen yang perlu berada di parlimen sewaktu sesi Dewan Rakyat bersidang.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.