..

..

CAJ TOPUP AKAN KEMBALI ASAL PUN PKR NAK BISING LAGI ??

on Tuesday, October 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hairan dengan puak pemimpin PKR ini , berita yang baik diumumkan seperti ini iaitu harga kad topup kembali kepada caj asal pun mereka nak bising lagi . 
Memang benarlah seperti orang kata , kerajaan ini kalau buat benda bagus untuk rakyat pun puak pembangkang  tak akan sokong dan puji . 
Sampaikan isu seorang suami menyaman hospital kerana  kain tertinggal  dalam rahim isternya ketika bersalin pun macai pembangkang  komen di facebook  salahkan Najib . 
Inilah mentaliti tahap longkang puak macai yang diajarkan oleh pemimpin mereka . 


PKR hari ini menyatakan keraguan terhadap keputusan Putrajaya untuk mengembalikan harga kad prabayar telefon bimbit kepada kadar sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), memandangkan kerajaan sebelum ini membuat banyak janji tetapi rakyat masih dibebani dengan cukai itu.
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin berkata, PKR tidak yakin kerajaan dapat menyelesaikan isu itu sambil menyifatkan tindakan penguatkuasaan GST tidak adil kepada rakyat berpendapatan rendah
Sim berkata, dalam soal GST terhadap kad prabayar ini, PKR sebelum ini mencadangkan formula meletakkan kadar sifar, sekali gus akan menyelesaikan masalah dan membantu golongan susah. -


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.