..

..

CADANGAN AHLI PAC ANGKAT SUMPAH SIMPAN RAHSIA @Zahid_Hamidi

on Thursday, October 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Timbalan Perdana Menteri mencadangkan supaya angkat sumpah simpan rahsia dibuat oleh kesemua ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bertujuan bagi menjaga kerahsiaan berhubung isu-isu yang berkaitan dalam perbincangan jawatankuasa berkenaan.
“Saya telah mencadangkan supaya angkat sumpah simpan rahsia mesti dilakukan oleh ahli-ahli PAC.
“Ini adalah untuk menjaga kerahsiaan, namun menurut Speaker, cadangan itu harus dirujuk kepada penasihat undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pemilih bersama Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen, Khamis.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad.
Ketika ditanya media adakah tindakan tersebut sebagai langkah sekatan terhadap insiden seperti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang didakwa membocorkan siasatan PAC terhadap 1MDB kepada media asing, Zahid berkata beliau tidak mengkhususkan kepada mana-mana individu.
“Saya tidak namakan mana-mana ahli, kerajaan ke pembangkang ke tetap kena angkat sumpah juga,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Zahid memaklumkan bahawa Barisan Nasional  telah mengemukakan nama-nama bagi menggantikan beberapa ahli PAC yang telah dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.
Mengikut peraturan, Jawatankuasa Pemilih akan mengemukakan nama tersebut pada persidangan Parlimen dalam waktu terdekat.
Menurut Zahid, Speaker akan mengumumkan senarai nama ahli-ahli jawatankuasa tersebut.
Beliau turut meminta jika ada dokumen yang menjadi bukti di dalam mesyuarat PAC atau maklumat yang diperbincangkan dalam mesyuarat PAC,  termasuk persamaan serta perbezaan pendapat dikalangan ahli jawatankuasa,  ia tidak patut dikeluarkan  daripada PAC.
“Sebarang kenyataan atau laporan hendaklah dibuat secara rasmi oleh PAC bukannya pendapat peribadi daripada mana-mana ahli PAC,” ujarnya.
Mengulas mengenai isu undi tidak percaya yang cuba pembangkang terhadap Perdana Menteri.
Jelasnya, beliau telah menyatakan dengan lebih awal tentang perkara tersebut, namun banyak pihak yang cuba mempertikai.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Ini satu cadangan yg baik daripada Zahid dan ia patut disokong.

  2. Apa ada pada sumpah pentadbiran ...sumpah dengan Allah swt pun kutu berahak koyakkan. .

  3. Apa ada pada sumpah pentadbiran ...sumpah dengan Allah swt pun kutu berahak koyakkan. .

  4. Joe Harry says:

    Kerja bodoh, nak simpan rahsia lebih baik x payah siasat. Siasat pastu serah kt najib, hahaha lepas tu simpan rahsia.. kerja bodoh

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.