..

..

BONGKAR ! DAP NEGERI BERPECAH ANGKARA CALON LUAR BUKAN BANGSA JOHOR

on Friday, October 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Di sebalik tuduhan Presiden PKR bahawa UMNO berpecah kepada skandal 1MDB ,  sebenarnya dalam parti Pakatan Harapan pun ada masalah .

DAP di Johor yang mempunyai angan-angan besar mahu menawan kubu kuat UMNO itu sebenarnya berpecah angkara calon luar yang bertanding di negeri itu ketika PRU13.



Dr Boo yang menyandang jawatan itu sejak tahun 2008, berkata beliau membuat keputusan berkenaan kerana terdapat kempen dalam kalangan kepemimpinan DAP Johor ketika ini untuk memburukkan namaya. 
Bukan sahaja segelintir pemimpin ini memburukkan nama saya, malah mereka juga melemparkan pelbagai fitnah dan sering mengenepikan saya daripada sebarang aktiviti parti di peringkat Johor. 
"Kumpulan ini sudah melupakan sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada mereka selama ini ketika saya memegang jawatan sebagai Pengerusi DAP Johor selama sembilan tahun dari 2005,” katanya pada sidang media di Pusat Komuniti Kawasan DUN Skudai hari ini.
Dr Boo mendedahkan beliau bukan sahaja difitnah sebaliknya telah diboikot daripada menghadiri majlis mahupun sidang media yang dihadiri pemimpin tertinggi parti.

Tindakan beberapa pemimpin itu seolah-olah seperti seorang pengkhianat dan bersifat tikam belakang sedangkan Dr Boo mengakui beliau sendiri yang membuka pintu kepada pemimpin dari negeri lain untuk bertanding ke negeri ini.

Tindakan mereka seolah-olah menikam saya dari belakang…sedangkan saya sendiri yang mengalu-alukan kedatangan mereka ke Johor.

“Sedangkan pada 2005 mereka takut untuk bertanding ke Johor dan menuduh saya untuk ‘membunuh’ karier politik mereka, namun selepas menang di sini, saya pula difitnah,” katanya.

Menurutnya, keputusan meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dun Johor telah dimaklumkan kepada Speaker Dun Johor, Tan Sri Mohamed Aziz; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha DAP Johor, Gan Pek Cheng.

Bagaimanapun beliau mengakui masih menjadi ahli DAP sejak 1994 dan masih terus memegang jawatan sebagai Adun Skudai.

Pada Pilihanraya Umum ke-13, satu gerombolan ‘calon DAP luar’ telah menerobos masuk ke Johor untuk bertanding yang dikatakan telah menjadi punca krisis dalaman Dr Boo dengan Dinasti Lim.

Dinasti Lim yang merujuk kepada Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng serta konco-konco penyokong utama dinasti tersebut.

Calon DAP luar yang dimaksudkan itu diketuai oleh Lim Kit Siang dari Parlimen Ipoh Timur (Perak) bertanding di Gelang Patah.

Turut dibawa bersama Kit Siang adalah orang-orang kepercayaan iaitu Liew Chin Tong dari Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang bertanding di Kluang dan Teoh Nie Ching dari Parlimen Serdang, Selangor dipindah ke Kulai.

“Pada PRU-13, Operasi Cantas 1 bermula di Johor. Di Johor untuk menghapuskan kuasa pengerusi negeri, Dr Boo Cheng Hau daripada memilih calon-calon (dari kalangan DAP Johor), Lim Kit Siang sendiri telah dihantar ke Gelang Patah.

“Kemudian, untuk mengukuhkan lagi pengaruh Dinasti Lim di sana dan untuk menghentikan pengaruh Boo Cheng Hau di Johor, mereka (Dinasti Lim) menggerakkan Liew Chin Tong dari Pulau Pinang ke Kluang dan Teoh Nie Ching dari Selangor ke Kulai.

“Kedua-dua mereka adalah pengampu setia Dinasti Lim,” dedah blogDAP Insider.




 Pemimpin Pusat DAP yang dipilih sebagai wakil rakyat di Johor hanya bertindak sebagai wakil rakyat `jarak jauh’ di negeri itu kerana memantau kawasan mereka dari jauh.

Bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez mendakwa, perkara itu disebabkan kebanyakan wakil rakyat tersebut menetap di luar Johor dan menyerahkan tugas kepada wakil mereka sahaja.

“Kesukaran berada di dalam kawasan masing-masing menyebabkan mereka hanya memantau kawasan dari jarak jauh. Ini berbeza dengan janji yang pernah disuarakan mereka pada pilihan raya umum lalu kononnya membela rakyat,” katanya.

Justeru itu, beliau mahu rakyat Johor menuntut surat aku janji daripada mana-mana pemimpin DAP dari luar yang berhasrat untuk bertanding di negeri itu jika tidak mahu terus termakan janji-janji palsu.

“Mereka ini hanya bersemangat semasa berucap di pentas ceramah, tetapi selepas menjadi wakil rakyat, mendapat kemewahan dan menerima elaun, tiada pun yang menetap di Johor, mereka menjadi wakil rakyat jarak jauh.

“Hanya seorang pemimpin yang menetap di Johor, yang lain semua di luar negeri, tidak kira Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen,” katanya Khamis.

Pada pilihan raya umum lalu, beberapa pemimpin DAP dari luar telah bertanding di Johor antaranya Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang menjadi Ahli Parlimen Gelang Patah; Ahli Parlimen Kluang , Liew Chin Tong dan Ahli parlimen Kulai, Teoh Nie Ching - sumber


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.