..

..

BANTUAN SEKOLAH AGAMA PAS DITARIK BALIK BUKTI KERAJAAN DAP TAK IKHLAS BANTU

on Wednesday, October 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Beginilah nasib sekolah agama di P.Pinang yang mana dahulunya mendapat bantuan kerajaan DAP tetapi kini sudah ditarik balik .

Sek Agama ini berdaftar dengan JHEAIPP tetapi ditarik balik walaupun surat makluman pemberian telah diberikan kepada pihak sekolah . Cukup memalukan perbuatan  ini seperti dalam  pepatah orang Melayu  iaitu " buruk siku " .

Pihak sekolah amat kecewa dan kesan sikap pilih kasih dan diskriminasi politik diamalkan kerajaan DAP  . Disebabkan hubungan antara PAS dengan DAP telah putus , maka sumbangan untuk sekolah juga dihentikan .

Bayangkan jika DAP berkuasda  memerintah kerajaan Pusat , apakah institusi  sekolah agama akan menerima nasib seperti ini ??  

Mereka hanya akan beri duit jika ia mendapat pulangan hasil  politik kepada mereka bukannya  soal pembangunan insan pendidikan anak-anak .

Orang Melayu perlu sedaq dan menilai sikap  zalim  kerajaan  DAP menafikan hak rakyat yang menghantar anak mereka ke sekolah agama untuk mendapatkan pendidikan .




KENYATAAN MEDIA SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-ANSOR BALIK PULAU, PULAU PINANG
1. Merujuk kepada Isu Bantuan Sekolah Agama di Negeri Pulau Pinang dari Kerajaan Negeri, Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) Balik Pulau, Pulau Pinang menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap sikap pilih kasih serta diskriminasi yang berbaur politik oleh Kerajaan Negeri pimpinan YAB. Lim Guan Eng.
2. SRIA merupakan sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan nombor pendaftaran JAIPP/PEND/01-BD-(R)0021 telah beroperasi sejak tahun 2008 dan kini mempunyai murid seramai 215 orang yang majoritinya datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
3. Berdasarkan rekod terdahulu, SRIA telah menerima bantuan tersebut dari kerajaan negeri dan pada tahun ini, pihak SRIA telah menerima surat makluman pemberian bantuan tersebut oleh pegawai JAIPP pada 3 September 2015, namun surat makluman pemberian bantuan tersebut telah ditarik balik pada hari yang sama oleh JAIPP melalui pegawainya yang hadir ke SRIA untuk mengambil kembali surat berkenaan.
4. Kejadian ini telah menggambarkan bahawa terdapat 'tangan ghaib' yang cuba menafikan hak rakyat Pulau Pinang khususnya anak-anak dan waris yang menghantar anak ke sekolah agama rakyat. Pihak SRIA percaya bahawa isu ini berlaku adalah disebabkan campur tangan politik dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan ia merupakan satu kezaliman terhadap institusi pendidikan agama di negeri ini.
5. Pihak SRIA ingin mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa wang yang dimiliki oleh kerajaan adalah milik rakyat dan ia merupakan amanah dari rakyat. Sikap ini telah menampakkan kegagalan slogan cekap, akauntabiliti dan telus yang sering diwar-warkan dan rakyat sentiasa memerhati serta sedia menghukum kerajaan yang zalim.
Muhammad Fauzi Bin Yusof
Mudir Am
Sekolah Rendah Islam Al-Ansor
6 Oktober 2015


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.