..

..

AZMIN LULUS 3 LEBUHRAYA BARU , PKR DICABAR AMBIL TINDAKAN SEPERTI KHALID IBRAHIM

on Thursday, October 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PKR dicabar mengambil ambil tindakan terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali jika benar parti itu tidak dimaklumkan mengenai kelulusan pembinaan tiga lebuh raya.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Noh Omar parti itu pernah bertindak tegas terhadap mantan Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini apabila beliau menandatangani memorandum persafahaman konsesi air dengan kerajaan Persekutuan.
"PKR mesti tegas. Kalau dasar mereka satu-satu keputusan ini dibuat oleh Menteri Besar mesti rujuk dengan pimpinan PKR dan jawatankuasanya, macam mana dibuat terhadap Khalid pasal air, tidak rujuk dia dipecat. Begitulah juga perlu dibuat sekarang.
"Jadi macam Azmin kita dimaklumkan, kita tidak tahu kalau ikut Rafizi mereka tidak tahu dan tidak dimaklumkan jadi PKR kena ambil tindakan yang tegas macam mana mereka ambil tindakan terhadap Khalid," katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen Khamis.
Untuk rekod, Kerajaan negeri Selangor bersetuju dengan pembinaan tiga lagi lebuh raya yang melalui jajaran negeri itu.
Tiga lebuh raya itu adalah Lebuh Raya Damansara- Shah Alam (DASH), Lebuh Raya Klang Baru (NKVE) dan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang dalam pembinaan.
Sebahagian besar, syarikat konsesi lebuh raya pada 15 Oktober lalu telah mengumumkan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara.
Noh Omar yang juga merupakan ahli Parlimen Tanjong Karang menyifatkan Azmin membuat keputusan berat sebelah dan mempunyai motif tersirat kerana sebelum ini membatalkan projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex).
"Kedua, Azmin juiga macam berat sebelah, Kidex dia batalkan ada yang diluluskan dan dibatalkan, sebab apa? Adakah kerana syarikat-syarikat konsesi yang datang jumpa dengan dia baru dia luluskan, yang mana syarikat konsesi tidak jumpa dia, dia tidak mahu lulus?," katanya lagi.
Azmin terdahulu menegaskan Kidex tidak termasuk dalam pelan rancangan tempatan Petaling Jaya, sekali gus menjadikan ia salah satu alasan kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan pembinaan projek lebuh raya itu.-29/10/2015


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.