..

..

APA MOTIF MUHYIDDIN DAKWA ADA DATA PELABURAN KURANG KE MALAYSIA ?

on Wednesday, October 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Tak mengejutkan kenyataan salah seorang   geng 6 Jahanam dari Yayasan Kepimpinan Perdana ini di facebooknya .

Mempunyai kiasan dan sindiran tajam kepada kredibiliti  PM  .

Persoalannya ,  semasa menduduki jawatan TPM iaitu membantu PM , apa langkah dibuat Tan Sri Muhyiddin untuk memulihkan keyakinan pelabur jika benar data berkurang berbanding dahulu ?

Adakah Muhyiddin hanya pandai meluahkan di dalam mesyuarat kabinet menyalahkan pihak lain  tetapi tiada apa-apa cadangan dan usahanya  mengatasi masalah ini ??

Kalau hanya pandai tembak saja pihak lain atas prinsip berani kerana benar   bermakna anda hanya penumpang sahaja yang tidak membantu Kapten . Memang patut disingkir dan Kapten memerlukan krew yang mantap dan bersemangat membantu dalam satu pasukan .



Apakah benar FDI Malaysia merosot ??


KUALA LUMPUR: Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia meningkat kepada RM477.4 bilion pada suku kedua 2015 daripada RM475.7 bilion pada suku pertama. 

Sektor pembuatan kekal sebagai penerima terbesar pelaburan langsung (44.1 peratus), diikuti sektor kewangan dan insurans (20.9 peratus) serta sektor maklumat dan komunikasi (8.8 peratus). 

Tiga negara utama bagi FDI adalah dari Singapura, Jepun dan Belanda, demikian menurut Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini. Paras pelaburan antarabangsa bersih Malaysia mencatatkan kedudukan aset bersih sebanyak RM33.9 bilion pada suku kedua daripada liabiliti bersih RM1.2 bilion yang dicatatkan pada akhir suku pertama. 

Keadaan ini dipacu oleh peningkatan yang lebih besar pada jumlah aset kewangan Malaysia RM1.53 trilion berbanding jumlah liabiliti RM1.5 trilion. Pelaburan langsung mencatatkan kedudukan aset bersih RM45.0 bilion pada akhir suku kedua 2015, meningkat RM20.2 bilion daripada 31 Mac 2015. 

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak RM8.4 bilion pada suku kedua 2015 untuk berada pada RM398.1 bilion (Suku pertama 2015: RM389.6 bilion). - BERNAMA 

 Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77946





3 Responses

  1. Anonymous says:

    Muhyiddin ni kan proxy Tun M.....Tun M pun mengaku dia tak ada bukti kukuh attack najib.....so, Muhyiddin ni pun sama jugak.....

  2. Anonymous says:

    Salam. Easy way out to criticize something or somebody, just give a vague reasoning. Just like RPK was saying, a game of perception.

  3. Anonymous says:

    atas kertas ekonomi cantik je..konon ada peningkatan..agaknya admin dah selesa menikmati derma 2.6b sampaikan tak terasa kesempitan hidup pada masa skrg..nilai ringgit dh semakin susut, harga barang semakin naik.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.