..

..

TUN MAHATHIR DISIASAT SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN JENAYAH FITNAH

on Thursday, September 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Seksyen 500 Kanun Keseksaan pernah digunakan terhadap penulis blog, Raja Petra Kamaruddin pada 2008 kerana menfitnah mengaitkan tiga nama dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mengikut Seksyen 500 ini, jika sabit kesalahan iaitu melakukan fitnah jenayah dengan niat jahat boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Menurut Khalid, keterangan Dr Mahathir akan diambil tidak lama lagi susulan berikutan laporan yang dibuat seorang Ketua Pemuda UMNO.
“Nanti polis akan panggil.
“Saya percaya dia sudah tahu mengenai perkara ini dan saya akan maklumkan kepadanya nanti,” katanya selepas merasmikan Ifsec di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi Khamis.
Ditanya sama ada Dr Mahathir akan mendapat keistimewaan berhubung siasatan itu. Ini jawapan beliau.
"Saya tidak mahu membincangkan perkara itu sekarang. Memang kita akui beliau adalah negarawan dan kita perlu jaga Negarawan sebaiknya," kata beliau.
Bagaimanapun , polis perlu melakukan tindakan susulan atas setiap laporan dibuat.
"Laporan polis telah dibuat dan satu kesalahan berlaku, jadi mengikut Operasi Prosedur Standard, SOP, kita akan lakukan (siasatan) itu," jelas Khalid.
Sementara itu, Khalid menegaskan lebih ramai individu akan dipanggil memberi keterangan susulan penglibatan dalam himpunan Bersih 4.0 pada Sabtu dan Ahad lalu.
Menurutnya, satu pasukan khas ditubuhkan bagi meneliti gambar dan rakaman video untuk mengenal pasti mereka yang melakukan kesalahan.
“Kita tidak akan berdiam diri kerana mereka telah melakukan kesalahan,” katanya ketika mengulas tindakan penganjur yang berkeras mengadakan himpunan walaupun ianya telah dikatakan sebagai himpunan haram.
Beliau turut menganggap tindakan peserta Bersih 4 memijak gambar pemimpin dan melakukan beberapa kesalahan lain adalah tidak bertamadun.
“Tindakan seperti itu boleh membangkitkan kemarahan bangsa lain dan saya berharap mereka ini lebih sensitif kerana kita hidup dalam negara berbilang kaum dan bangsa,” katanya.-3/9/2015


5 Responses

  1. Anonymous says:

    lepas siasat mahathir, apakah polis akan siasat najib??

  2. Anonymous says:

    Siasatlah khalid..tumpang masih ada kuasa. Yg pelik yg songlap duit 2.6 b lepas pula..

  3. Anonymous says:

    Puak PR yg almost tiap hari sebar fitnah tak kena pulak ?

  4. Anonymous says:

    Sukanya aku kalau Mahathir masok penjara sungai buloh, biar kena liwat dgn Anwar Ibrahim

  5. Anonymous says:

    Betul juga tu...40k bangla xde bukti xsiasat pun..brp byk fitnah dr pandan tanpa bukti xdw siasatan pun..tun laju pl nak siasat..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.