..

..

SUAMI UMIE AIDA MEROYAN PENGANJUR CABAR MAHATHIR TURUN HIMPUNAN #MELAYUBERSATU

on Tuesday, September 15, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini mencabar penganjur Himpunan Melayu Bersatu atau Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos untuk menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada himpunan yang diadakan 16 September ini.

Khairuddin berkata, Jamal jangan hanya menjemput bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai himpunan haram Bersih pada hujung bulan lalu, sebaliknya perlu menjemput perdana menteri untuk sertai himpunan itu.

Khairuddin berkata demikian selepas Jamal mencabar Mahathir untuk turun sertai himpunan yang akan diadakan 16 September ini jika bekas perdana menteri itu cukup Melayu.

Menurut Khairuddin, beliau mencabar Jamal untuk menjemput Najib ke himpunan itu bertujuan menemukan perdana menteri itu dengan Mahathir di hadapan khalayak bagi menyelesaikan krisis ekonomi yang kian merosot akhir-akhir ini.

Beliau turut mempersoal Jamal dengan mengatakan adakah Jamal berani mengadakan himpunan itu yang akan dihadiri oleh Najib dan Mahathir?

"Kalau sekadar jemput Tun Dr Mahathir seorang saja buat apa?? Masalah kemelut politik dan ekonomi negara masakini boleh diselesaikan secara suasana tenteram apabila kita bagi peluang kepada kedua-dua tokoh ini untuk berdebat secara profesional seterusnya memberi pencerahan kepada rakyat jelata untuk menghakiminya!! 

"Siapa yang bercakap benar dan siapa yang bercakap bohong biarlah rakyat yang buat penilaian masing-masing!! Yang penting bagi mikrofon serta pentas kepada Najib Tun Razak serta Tun Dr Mahathir pada hari perhimpunan tersebut. Itu baru betul.

"Jamal Md Yunos berani ke anjurkan perhimpunan baju merah pada 16 September yang dihadiri oleh Najib Tun Razak serta Tun Dr Mahathir Mohamad?" kata Khairuddin menerusi status di laman Facebook miliknya.

Khairuddin turut memberi nasihat kepada Jamal untuk membuatkan orang ramai turun ke himpunan itu dengan mengatakan, jika Jamal mahukan perhimpunan itu dibanjiri dengan ribuan rakyat Malaysia, Jamal terlebih dahulu perlu memberi jaminan bahawa Najib dan Mahathir akan turut serta dalam himpunan tersebut.

Katanya, dengan jaminan tersebut bukan sahaja ribuan rakyat akan turut serta, malah jutaan rakyat Malaysia akan menyertai himpunan itu bagi menyaksikan perdebatan diantara dua tokoh tersebut.

"Saya rasa kalau Jamal Md Yunos boleh bagi jaminan kehadiran Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir pada perhimpunan ini, bukan ribuan malah jutaan rakyat Malaysia akan menerkam untuk menghadiri pada perhimpunan ini," tulisnya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Khairudin ni jurucakap Tun ke atau master mind?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.