..

..

Siasat Komplot Jatuhkan Perdana Menteri, Bubar PAC ! @RazlanRafi

on Sunday, September 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Kerajaan perlu membubarkan segera Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedia ada dan menggantikan anggotanya dengan anggota yang lebih kredibel dan berintegriti.
Bekas pekerja PetroSaudi Andre Xavier Justo telah beberapa kali di dalam pengakuan beliau menyebut nama pemimpin Pembangkang, Tony Pua sebagai salah seorang yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak. Malah dalam pengakuannya, beliau mengakui bahawa mereka (pembangkang) juga merancang untuk menyabitkan kesalahan jenayah kepada YAB Perdana Menteri.
Pengakuan Justo yang dibuat di Mahkamah Thailand sepatutnya sudah membolehkan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan ke atas Tony Pua, pemilik The Edge Tong Kooi Ong dan editornya Ho Kay Tat. Sudah jelas keanggotaan Tony Pua dalam PAC umpama duri dalam daging kepada Parlimen dan rakyat.
Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) harus mencari dalang yang turut bersama Tony Pua berkomplot cuba menggulingkan kerajaan melalui penipuan dan konspirasi oleh anggota PAC sendiri.
Kertas siasatan harus dibuka dan kita berharapkan ahli lembaga siasatan tetdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman penuh dalam mewakili pendakwaan dan siasatan.
Diharapkan agar mereka ini tidak terlepas lari hanya disebabkan kesalahan teknikal. Banyak pihak yang sudah mendesak agar siasatan ini dijalankan termasuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Fuad Zakarshi baru-baru ini.
Maka diharapkan agar pihak berwajib segera mengambil tindakan agar tiada yang terlepas daripada komplot menjatuhkan Perdana Menteri.
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
20 September 2015


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Sebab yg mendesak supaya siasatan dibuat datang dari orang melayu...kalau bersangkutan dengan cina dah lama kerajaan NAJIB sudah tubuhkan SURUHANJAYA DIRAJA dah..makin meluat aku dgn melayu melayu bacul ni.

  2. Anonymous says:

    Apa hal pulak nak bubar PAC ...takut kebenaran terbongkar ke?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.