..

..

POLIS DEDAHKAN KHAIRUDDIN SABOTAJ NEGARA GUNA ANASIR ASING

on Tuesday, September 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Polis menyifatkan tindakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan sebagai satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairuddin seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Namun, beliau tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia.

"Ini jelas merupakan satu tindakan yang bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia, mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara," katanya dalam satu kenyataan lewat malam Ahad.

Khairuddin direman enam hari bagi membantu siasatan di bawah Akta 124C Kanun Keseksaan atas cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Dia ditahan lewat petang Jumaat di kediamannya di Mont Kiara.

Polis turut merampas beberapa barang peribadi milik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka.

Sebelum itu, Khairuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya, memaklumkan pihak PDRM telah meminta beliau hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan untuk diambil keterangan berhubung tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1MDB.

Tambah Khalid, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci atas dakwaan maklumat yang disalurkan Khairuddin kepada agensi asing terbabit adalah palsu.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    "Ketua Polis Negara Tan Sri Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairuddin seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...dah 9 bulan dia buat laporan polis, apa tindakan polis?????

  2. Anonymous says:

    Macam2lah alasan yang diberikan. Adakah untuk melapurkan kebenaran satu kesalahan

  3. Anonymous says:

    Moga malaysia selamat dpd makhluk yg tak cukup jati diri.

  4. Tak pandai sya mengenai ini, tapi boleh lah juga bagi comment sikit, tuduhan cuma tuduhan, bila didakwa baru lah hujah 2 dikumukakan dimakamah, baru lah apa yang dituduh itu benar atau tidak, ini sebelum apa2, dah dinyatakan semacam beliau bersalah, adil ka?. KPN mesti juga memanggil PM untuk mengambil statement dan juga mungkin tahanan reman saperti juga Amiruddin. Nampak nya sekarang semua orang yang repot perihal PM dengan issue MDB dengan "Dermas", semua dipanggil atau ditahan reman atau diambil keterangan....nampak Mcm tak betul. Semua ayat dicakap oleh KPN ialah SOP...wow!....tapi tidak pada segelintir orang. Adil ka?.....macam Ada favoritism aja....tak gitu.! "Saya cuma bertanya", saya pinjam ayat dari Yangberbahgia Tun.

  5. Anonymous says:

    Betulah tindakan polis ni. Siasat dulu yg mendakwa, apa yg didakwa dan mana buktinya. Ini ialah kerana jika bukti diperolehi dari Justo, dah sah bahawa bukti tu palsu dan mamat ni patut dibicarakan kerana mendakwa Najib dengan menggunakan bukti palsu. Apapun PDRM tahu apa nak buat. Dah tugas dia kan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.