..

..

PLAN KHAIRUDDIN NAK JUMPA FBI AMERIKA SYARIKAT GAGAL BILA DIHIDU POLIS MALAYSIA

on Sunday, September 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Apa motif budak suruhan Tun Mahathir ini hendak berjumpa FBI dari Amerika Syarikat ?  Punya terdesak nak jatuhkan Najib  hingga sanggup menjadi barua memohon pertolongan anasir asing ?

Bukan ke Tun Mahathir cukup benci anasir asing campur tangan soal negara dulu tapi hari ini sampai FBI pun diarahkan macainya Khairuddin untuk jumpa bagi rancang jatuhkan Najib .

FBI dan CIA adalah perancang utama kejatuhan negara Arab melalui Arab Spring dan kini ada rakyat negara nak jadi pengkhianat untuk sabotaj negara sendiri



Ahli perniagaan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan pihak berkuasa semalam didakwa sedang merancang meminta Amerika Syarikat (AS) supaya campur tangan dalam hal ehwal negara ini.

 Tindakan itu disifatkan pihak berkuasa sebagai cubaan memudaratkan sistem demokrasi di negara ini dengan menjadikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai alasan. Menerusi perancangan tersebut, Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan dijadualkan bertemu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Isnin ini, di lokasi rahsia di negara kuasa besar berkenaan.

Perkara itu diakui sendiri peguam Khairuddin, Matthias Chang yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada akhbar New York Times menerusi temubual telefon. Menurut Matthias yang juga salah seorang individu yang disekat Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini, pertemuan antara Khairuddin dengan FBI itu diatur dengan kerjasama pihak Kedutaan AS di Malaysia.

 “Khairuddin sepatutnya dijadualkan bertemu FBI di Amerika pada Isnin,” kata Matthias sebagaimana dipetik daripada laman web akhbar itu, http://www.nytimes.com hari ini.

 Sebelum ini, Khairuddin didakwa bersama Matthias bertindak membuat laporan palsu dengan mengemukakan bukti-bukti yang telah diubahsuai kepada Peguam Negara Switzerland bagi mendesak siasatan ke atas isu 1MDB. Dalam pada itu, akhbar yang sama melaporkan, Khairuddin dalam satu temubual baru-baru ini juga turut mengakui bahawa beliau merancang untuk mengemukakan dokumen berkaitan dakwaan pengubahan wang haram kepada FBI.

“Saya percaya pihak berkuasa AS ada rekod pergerakan wang,” kata Khairuddin tanpa mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut. Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa Khairuddin direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi beliau enggan mengulas lanjut mengenai status dokumen yang diserahkan Khairuddin kepada pihak asing yang didakwa palsu.

“Khairuddin ditahan selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Akta 124C Kanun Keseksaan,” katanya.


4 Responses

  1. Rafrash says:

    Kalau Najib tak bersalah, apa yang kau takut dengan FBI.

  2. Anonymous says:

    Maaf, rakyat Malaysia memang hipokrit. Contohnya: BENCI gila konon pada Yahudi. Wah, sampai pakat2 boikot McDonalds. Tapi bila Wall Street Journal report pasal IMDB mereka TERUS PERCAYA, disokong pulak tu!!! Dah ada yang tolol bin Biol nak mengadu pada FBI!! Elok juga mengadu pada KGB sekali, lagi bagus!

  3. Anonymous says:

    kerana terdesak manusia sanggup menggadaikan bangsa & negara.. sanggup menjadi pecacai untuk memenuhi agenda orang lain.. apa kejadahnya nak jumpa FBI?

  4. Anonymous says:

    Memanglah kena takut sbb fitnah yg dibawa barua mahathir ni akan menjahanamkan nama negara..kau pun klu ada musuh kau nak buat fitnah kat kau sampai satu dunia tahu..kau tak takut ke..apalah..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.