..

..

PEMUDA MCA PASIR GUDANG PUTUS HUBUNGAN PM SIGNAL MCA WAJAR KELUAR DARI BN @Armand_PJU

on Monday, September 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Tindakan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang yang angkuh  mahu putuskan hubungan dengan PM yang juga Pengerusi BN kerana isu  Himpunan Rakyat Bersatu  jelas satu signal ugutan  oleh MCA  .
Mereka merasakan jika parti mereka menjadi  garang sikit dengan  melawan  PM dalam isu himpunan Rakyat Bersatu, kaum Cina akan kembali menyokong .
Sebenarnya MCA tak ada apa-apa sumbangan pun dalam BN selepas kekalahan teruk di PRU13 dan mereka hari ini mendapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri atas ehsan Najib . 
MCA  jelas parti hipokrit . Mereka marah himpunan Rakyat Bersatu tapi  himpunan BERSIH4.0 hina PM dan bangsa Melayu  yang dihadiri majoriti kaum Cina tak pulak kedengaran mereka bersuara dan membuat laporan Polis .
Jika KP MCA Pasir Gudang mahu putuskan hubungan dengan PM , GPB cabar  Menteri mereka yang tidak bersama menyokong PM  letak jawatan terutama Timb Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pemuda MCA .
Atau lebih bagus MCA keluar dari BN kerana parti itu hanya sleeping partner sahaja ..
Ini kerana mengikut kajian ahli akademik , senario menjelang PRU14 .. kaum Cina tetap tidak menyokong BN dan menyokong DAP dan PKR . 




MCA perlu Ambil Tindakan Tegas Terhadap Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang
KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO membidas tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang yang bertindak memutuskan hubungan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dengan alasan menyokong Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.
Siapakah Ketua Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang itu untuk bertindak demikian kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, menunjukkan seolah-olah beliau begitu hebat dan kuat sehingga beliau bercakap dengan begitu sombong.
Apakah beliau tidak sedar bahawa kedudukan MCA dalam BN sekarang adalah kerana ihsan Datuk Seri Najib sebagai Pengerusi BN?
Sekiranya beliau mempunyai maruah dan tidak sealiran dengan konsesus di dalam BN, Pemuda UMNO menyarakan agar beliau keluar sahaja daripada MCA.
Beliau sepatutnya mencerminkan diri terlebih dahulu sebelum berbuat demikian atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang mencabar pucuk pimpinan BN untuk bertindak, menunjukkan pemikiran beliau masih terlalu dangkal dalam politik.
Apakah beliau tidak sedar bahawa pada Pilihan raya Umum ke-12 dan 13 yang lalu MCA tidak membantu apa-apa kepada BN, malahan lebih selesa menjadi penumpang atau ‘sleeping partner’ yang tidak memberi apa-apa sumbangan kepada parti.
Malah dalam realiti hari ini juga, MCA semakin ditolak oleh rakyat tetapi apakah yang dilakukan oleh Chia Chow Hui ini untuk mengambalikan semula keyakinan rakyat kepada MCA dan seterusnya membantu kemenangan BN?
Apakah beliau tidak tahu bahawa perhimpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 16 September lalu mendapat kebenaran daripada Polis Dirajaya Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).
Malah perhimpunan itu juga berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian huru-hara, berbeza dengan siri Himpunan Bersih yang dianjurkan oleh pembangkang yang majoriti dihadiri oleh kaum Cina sehingga melakukan pelbagai provokasi termasuk memijak gambar pemimpin.
Apakah kaum Melayu dinafikan hak untuk mengadakan perhimpunan? Apakah kaum Cina sahaja yang boleh mengadakan perhimpunan dan layak untuk membuat pelbagai tuntutan tanpa mengambil kira sensitiviti bangsa lain sepetrti yang ditunjukkan pada Bersih 4.0?
Adakah beliau membuat apa-apa kenyataan apabila Ketua Pemuda MCA membenarkan ahli MCA menyertai perhimpunan haram tersebut?
Tindakan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang ini umpama duri dalam daging kepada BN dan perlu diambil tindakan tegas kerana perbuatan beliau itu boleh mengganggu-gugat perpaduan dan kekuatan dalam BN sendiri.
Saya mencabar budak mentah ini untuk menganjurkan perhimpunan yang mengumpulkan kaum Cina muda untuk menyatakan sokongan kepada MCA.
Saya kesal kerana beliau sepatutnya menggunakan saluran di dalam parti untuk menyatakan pendirian, bukannya membuat tindakan melulu secara membabi-buta begini melalui web portal propembangkang, menunjukkan beliau sebenarnya tidak tahu adab dalam berparti dan tidak tahu menghormati institusi.
Hakikatnya, BN tidak perlukan orang seperti ini! Sama ada dia perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai perlu mengambil tindakan untuk menunjukkan solidariti terhadap BN dan juga kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Exco Pergerakan Pemuda UMNO
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa


KETUA PEMUDA MCA PERLU LETAK JAWATAN - ARMAND AZHA 
Salam sahabat2 yg dihormati,
Saya secara tegas nak nyatakan pada Chia Chow Hui Pemuda MCA Pasir Gudang MCA yang buat kenyataan terbuka pada portal Malaysiakini untuk putuskan hubungan dengan Pengerusi BN kerana YAB Ds Najib nyatakan sokongan terhadap Himpunan Rakyat Bersatu boleh terus letakkan jawatan beliau dalam pemuda BN.
Pada budak  kecik bernama Cia Chow Hui nyatakan himpuan tersebut rosakkan keharmonian kaum dalam negara, saya nak tanya balik pada beliau bagaiman pulak himpunan BERSIH sejak mula hingga kini. Beliau buta matakah apa yg membuat kebangkitan rakyat bagi himpunan 16 Sept tersebut jika bukan kerana BERSIH menghina, mencerca, fitnah dan aibkan pemimpin islam negara.

Kenapa beliau tidak berani keluarkan kenyataan terbuka menentang BERSIH. Kalau sudah nyatakan tidak mahu ada hubungan terhadap pengerusi BN, saya secara tegas desak beliau terus letak jawatan dalam pemuda BN.
Saya nak tahu jugak apa yang Pemuda MCA sudah laksana untuk menambah sokongan cina pada BN selain hanya kadi hero diportal sosial media. Bagi saya secara terang rasakan ini hasil didikan Ketua Pemuda MCA yang giler publisiti yang hanya tahu mencari kesalahan orang tanpa melihat kelemahan pemuda MCA dibawah beliau , Ketua Pemuda MCA ibarat tong
Kosong.
Saya berdiri teguh bersama kepimpinan Barisan Nasional.
Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia


2 Responses

  1. Anonymous says:

    yes please kick them out from BN.
    Biawak hidup yang PM should not carry
    Get a new group of Chinese who are not racists like DAP and MCA who backstabbed UMNO.

  2. Melayu kampung says:

    JANGAN USIK CINA MCA TU!!!!!!!!

    Nanti Ah Jib Gor MARAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.