..

..

PEMBANGKANG + WARTAWAN AL JAZEERA DALANG WUJUDKAN MAKLUMAT PALSU KES ALTANTUYA

on Tuesday, September 15, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Wartawan Al Jazeera akan disiasat Polis berkaitan dengan dokumentari fitnah mengenai pembunuhan Altantuya Shariibu dan telah mengenal pasti beberapa individu yang didakwa memberikan maklumat palsu kepada wartawan tersebut.
Pada Rabu lalu, dalam program berdurasi selama 25 minit, wartawan Australia, Mary Ann Jolley memaparkan kisah kontroversi Altantuya, 
Dalam sidang media semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dokumentari itu dihasilkan bukan atas fakta sebenar dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja
“Kami akan menyiasat wartawan Al Jazeera,” katanya sebelum bertanya jika terdapat wakil wartawan dari agensi antarabangsa itu yang hadir pada sidang media itu.
Seorang wartawan telah memperkenalkan diri dari Al Jazeera dan Khalid menegurnya bahawa dokumentari berdasarkan penilaian sendiri boleh mengelirukan orang ramai.
“Rakan anda cuba mewujudkan bukti baru dalam kes itu. Apa yang dia cuba lakukan?” katanya kepada wartawan Al Jazeera, Florence Looi yang cuba mempertahankan rakan sekerjanya dalam penghasilan dokumentari video yang disiarkan pada Rabu lalu.

Khalid kemudian mengulangi kenyataan bahawa video itu berdasarkan dengar cakap dan Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan dalam kes Altantuya namun Florence dengan nada yang keras tetap mempertahankan lagi.
Adegan bertikam lidah itu berlangsung selama kira-kira satu minit dan berakhir selepas Khalid mengulangi bahawa Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan dalam kes Altantuya.
“Kes ini sudah selesai hingga Mahkamah Persekutuan dan kenapa video tidak dihasilkan sebelum ini. Rakan anda cuba mewujudkan bukti baru,?” katanya serius.
Khalid memberitahu, polis telah mengenal pasti beberapa individu yang didakwa memberikan maklumat kepada Jolley dan memberi amaran bahawa polis sedang memantau mereka.
“Kami tahu siapa mereka telah memberi maklumat beliau dan kami sedang memantau,” katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Memang mahkahmah persekutuan dah buat keputusan. Rakyat Malaysia pun dah menontonnya. Tunggu respons PM ambil tidakan undang-undang? Ada beran.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.