..

..

PDRM AKAN SIASAT INDIVIDU DINAMAKAN JUSTO NAK JATUHKAN KERAJAAN - @Zahid_Hamidi

on Tuesday, September 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membuka kertas siasatan terhadap individu yang dinamakan oleh Xavier Andre Justo dalam butiran pengakuannya. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana ada usaha secara terperinci (cuba menjatuhkan kerajaan) dilakukan oleh nama-nama yang disebut Justo. 

"Semua dokumen yang menjadi berita (dilaporkan muka hadapan akhbar) itu datangnya daripada dokumen yang diperoleh daripada pihak berkuasa Thailand di mana butir dan bahan tercatat dalam pengakuan dibuat Justo.

 "Biarpun beliau (Justo) berkata hanya berniat memperoleh sumber kewangan dan bukan tindakan yang selain dari itu tapi jelas laporan dibuat beliau, usaha secara terperinci memang dilakukan oleh orang (mereka) yang disebutkan namanya oleh beliau. 

"PDRM tentunya mendapat kerjasama daripada polis Thailand bagi melakukan tindakan selanjutnya terutama dalam membuka kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk dilakukan pendakwaan," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan dan bantuan Bencana Pusat di sini, sebentar tadi.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.