..

..

PAKATAN 2.0 PERSIS DIALOG DOREMI ..SIAPA MATI DULU DO ATAU MINAH

on Monday, September 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




– Isu pakatan 2.0 makin hari makin mengelirukan. Siapakah sebenarnya yang berada di dalam pakatan baru terbabit. Ini kerana pada satu ketika PKR mengatakan perlunya Pas berada di dalam posisi pakatan terbabit dan pada masa yang sama Dap pula mengambil sikap berlawanan dengan pendirian PKR manakala Pas pula pada masa yang sama menyatakan tidak akan mengadakan tahaluf siyasi dengan Amanah.

Sekali imbas dan sekali pandang gelagat mereka itu tidak ubah sepertimana dialog filem P.Ramlee, Do Re Mi… siapa mati dulu do atau minah. 


Begitulah juga perumpamaan tepat untuk menggambarkan gelagat antara Pas, Dap, PKR dan Amanah yang mana akhirnya semua tahu ianya adalah pembohongan semata-mata.

Demikian menurut Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap ketika mengulas mengenai kemelut gabungan pakatan baru parti-parti pembangkang setelah pakatan mereka sebelum ini diwar-warkan terkubur oleh Dap.

Menurut Anuar lagi kemelut di dalam gabungan baru dijangka akan berterusan kerana masing-masing hari ini makin bertegas untuk tidak menerima di dalam gabungan parti pembangkang berkenaan.

“Perang dingin antara Dap dengan Pas nampaknya makin berterusan…manakala Pas dengan Amanah pula memasuki fasa baru setelah Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor tidak akan mengadakan tahaluf siyasi dengan Amanah kerana dianggap pengkhianat.
“Jadi di manakah penamatnya kepada bentuk kerjasama berkenaan. Walaupun PKR cuba menjadi hero dalam pertembungan berkenaan, akhirnya pakatan ini terus bercelaru, keliru dan haru biru,” katanya kepada UMNo-Online, di sini, hari ini.

PKR dilapor bakal mengadakan persidangan meja bulat pada Selasa ini bagi membincangkan pembetukan pakatan pembangkang baharu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya sejak sebulan lalu sudah mengambil inisiatif untuk bertemu dan berbincang dengan pimpinan parti pembangkang .

Dilaporkan juga Dap berkeras ia tidak akan menyertai gabungan baru parti pembangkang, Pakatan Rakyat 2.0, jika PKR tetap mahu mengekalkan Pas sebagai anggota, menurut pemimpin parti itu.

Manakala terkini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Amanah yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana “pengkhianatan”.

Anuar Manap seterusnya menambah apa jua nama pakatan sekali pun jika tidak menemui titik persamaan, percayalah gabungan terbabit tidak akan ke mana.

“Itulah yang kita nampak dan rakyat boleh nilai sendiri bagaimana hala tuju mereka. Di peringkat awal sudah nampak ketidakserasian untuk duduk berada dalam posisi yang sama di bawah satu payung. Bagaimana pula langkah seterusnya nanti. Yang pasti mereka dah bercelaru dan terkeliru antara satu sama lain,” katanya lagi. 


2 Responses

  1. bukan sahaja sama spt cerita do re mi tetapi serupa spt cerita keluarga 69

  2. Anonymous says:

    DAP SAH ANTI MELAYU DAN ISLAM TETAPI PKR, PAS DAN AMANAH TERHEGEH-HEGEH NAK BERKAWAN. MEMANG BUDUS TAHAP BANGAN.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.