..

..

ORANG MELAYU TAK AKAN BERDIAM DIRI JIKA MARUAH DICABAR - @Zahid_Hamidi

on Saturday, September 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.

"...apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Turut hadir Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian semasa merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu anjuran Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disertai anggota-anggota 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya walaupun polis menyatakan perhimpunan itu disertai kira-kira 35,000 orang, tetapi beliau berpendapat jumlahnya jauh lebih besar hingga mencecah 150,000 orang.
  
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak yang telah menganjurkan perhimpunan sebanyak empat kali sebelum ini supaya tidak menganggap mereka mendapat sokongan majoriti sehingga menafikan golongan majoriti yang senyap. 

 "Apa-apa sahaja yang berlaku, akan ada tindak balasnya," kata beliau.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementerian dan  Polis DiRaja Malaysia akan terus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
  
"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu merobek keselamatan dan ketenteraman awam serta negara," katanya sambil meminta semua pihak di negara ini supaya menghormati antara satu sama lain.


Terdahulu, Mohamed Mustafa berkata Ghazali Shafie Graduate School of Government di UUM berhasrat menyumbang kepakaran membantu negara dalam isu membabitkan keselamatan dan pengurusan sempadan negara.

Beliau berkata isu-isu besar seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia serta pendatang asing tanpa izin, jika tidak dibendung, boleh menjejaskan keselamatan negara.

Sehubungan itu, katanya UUM menawarkan khidmatnya menjadi pusat sumber dan rujukan kepada kerajaan dalam hal ehwal sempadan berikutan lokasinya yang berdekatan dengan sempadan negara.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Janganlah hanya mempertahankan maruah Melayu saja. Tanah2 hak milik Melayu juga wajib dikembalikan. Dengar cerita tanah rizab Melayu dah tinggal 11% daripada 50% saperti yang diamanahkan raja2 Melayu. Kalau semua tanah2 sudah digadaikan apalah nak diperjuangkan maruah lagi. Orang Melayu akan menumpang ditanah air sendiri. Sepatutnya Zahid kalau betul2 genuine dan bukan plastik, kembalikan semula tanah milik Melayu. Barulah ada kesan keatas perjuanganya. Apalah gunanya membakar semangat sehinggakan dilalaikan dengan tapak tempat berpijak.

  2. Rafrash says:

    Datuk Seri Ahmad Zahid, jangan sesekali fikir yang bila Datuk Seri menjaja isu maruah orang melayu dan mungkin dapat sokongan sebahagian orang-orang melayu, ini bermakna orang melayu akan lupa isu 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun PM. Rakyat Malaysia tak sebodoh itu dan tak akan berdiam diri selagi 1MDB dan isu RM2.6 bilion tidak terjawab dengan sempurna.

  3. Anonymous says:

    pemilikan tanah dan keluasan tanah rezab Melayu tu berbeza. kalau tanah hutan teroka diberi kepada koperasi Melayu, juga x kira, tanah2 di bandar yg dibangunkan dan sebahagian menjadi milik bumi, pun x kira, tanah yg diambil Sultan2 dan Raja2 Melayu, pun xkira rezab lagi.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.