..

..

NGO AKAN BUAT DEMO BANTAHAN KENYATAAN DUTA CHINA CAMPUR TANGAN MALAYSIA

on Tuesday, September 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



KUALA LUMPUR, 28 September – Gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan satu perhimpunan aman di hadapan bangunan Kedutaan Besar China di ibu negara untuk membantah tindakan Duta Besar negara itu memberikan kenyataan yang berbaur kontroversi.

Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata perhimpunan itu sebagai satu simbolik rasa kurang senang rakyat negara ini dengan kenyataan Duta Besar China Dr Huang Kui Kang sebelum ini.

Dr Huang dipercayai mengeluarkan kenyataan itu dalam satu majlis lawatan mengejut di kawasan perniagaan majoriti kaum Cina di Petaling Street, Jumaat lepas.

Tunku Azwil berkata, kenyataan itu sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali dan jelas tidak menghormati kedaulatan negara lain apatah lagi dalam soal hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan China.

“Kita merasakan ada usaha untuk sengaja membangkitkan sentimen ini kepada rakyat Malaysia terutama ketika kita berdepan pelbagai isu termasuk himpunan jalanan dan sebagainya.

“Jadi kita minta Wisma Putra bertegas dalam hal ini dan siasat secara menyeluruh termasuk individu yang cuba melobi pihak luar untuk campur tangan urusan Malaysia. Kita sebagai aktivis masyarakat rasa bimbang dengan perkembangan seperti ini dan ia tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Dr Huang pada lawatannya ke Petaling Street berkata China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi kaum dan ekstremisme.

Dia turut memberi amaran bahawa Beijing tidak gentar menyuarakan pandangan mereka terhadap insiden yang boleh mengancam kepentingan negara, melanggar hak rakyat dalam menjalankan perniagaan atau menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Bagi tokoh lain pula, lawatan Dr Huang ke Petaling Street tidak menggambarkan tugasnya sebagai seorang duta.

“Saya tidak fikir Duta China yang datang ke Jalan Petaling itu dibawah tugasnya, Duta kita di sana juga tidak pernah datang ke Beijing Road di China, iu ini harus dijawab secara kenegaraan oleh duta berkenaan,” kata Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bagi pihak Kedutaan China pula, mereka mempertahankan lawatan Dr Huang ke lokasi perniagaan yang terkenal dengan barang berjenama tiruan itu dengan menyatakan ia semata-mata “lawatan muhibbah” sempena perayaan pertengahan musim luruh.

Lawatan itu cukup mengejutkan kerana ia dilakukan ketika ada khabar angin perhimpunan baju merah akan diadakan di lokasi berkenaan.


One Response

  1. Anonymous says:

    Dan tengok media ISraelKEPARAT yg. begitu seronok dok lapurkan bagaimana Moody CorpBANGKAI BABI ni boleh pula PUJI rejim PENGGANAS no 1-DUNIA; ISrael, selepas GENOSID/JENAYAH PERANG ke atas BUMIPUTERA Islam Palestin di Gaza sbg. “effective governance” – dasar puak SYAITAN betul sy. Barat/ZIONIS mcm. Moody CorpBANGKAI BABI ni! Lihat di - http://www.timesofisrael.com/war-or-not-israels-a-great-place-to-invest-moodys/ :

    War or not, Israel’s a great place to invest: Moody’s

    Another international ratings agency say that Israel’s economy is a safe, stable place for investors’ money

    By David Shamah October 1, 2014

    Despite the costly summer war in Gaza, Israel’s economy is still in good shape, as far as international credit rating agency Moody’s is concerned. In a report issued Wednesday, Moody’s maintained Israel’s previous A1 stable outlook. Economic growth, entrepreneurial dynamism, and a stable political system ensured that Israel would remain a good risk for investors, the agency said. A1 is among Moody’s highest ratings. …..

    Overall, Moody’s said, Israel’s positive rating and stable outlook “are underpinned by its resilient growth model and effective governance.”……

    Nek Tempoyak.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.