..

..

NABI PUN TAK MALU MENGAKU BANGSA ARAB ,SIAPA RAFIDAH MENIDAKKAN MELAYU ?

on Sunday, September 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mengesyorkan kepada bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz untuk belajar semula sejarah kemerdekaan negara serta memahami tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.
 
“Rafidah patut belajar semula sejarah. Saya tidak sangka seorang bekas menteri, seorang bekas pemimpin parti Melayu Umno tidak faham tentang keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak patuh kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan terutamanya artikel 153, 152 dan 89 yang bersabit dengan keMelayuan.

“Kenyataan dia itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Siapa dia untuk menidakkan bangsa Melayu? Tuhan?,” soalnya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Rafidah yang mahukan bangsa Melayu untuk tidak lagi memperkenalkan diri mengikut kaum berikutan hidup di negara majmuk. Rafidah juga berkata Tanah Melayu kini sudah tiada, yang ada cuma Malaysia.

Menyifatkan Rafidah sebagai warga derhaka kepada tanah Melayu ini tegas Ustaz Hafiz, sebagai bekas menteri dia sewajarnya menasihatkan bangsa-bangsa lain dalam negara ini agar menghormati bangsa asal dan bangsa yang lebih awal menjadi penghuni bumi Melayu ini.

“Sedangkan Allah adalah pencipta semua bangsa-bangsa di dunia ini termasuk bangsa Melayu yang dikasihi.

“Nabi Muhammad SAW tidak pernah malu untuk mengaku sebagai seorang Arab berbangsa Quraish walaupun negara yang dipimpin oleh Nabi SAW lebih majmuk dari masyarakat Malaysia.

“Nabi juga tidak pernah cuba untuk memadamkan bangsa-bangsa yang wujud dalam negara pimpinan baginda.

“Jadi saya ingatkan kepada semua umat Melayu untuk tidak terpengaruh dengan fahaman songsang Rafidah itu,” katanya.


6 Responses

  1. dia nk jd mamak kot mcm madey

  2. Dah menopause ni macham2 chelaru ada

  3. Rafidah....emmm....bos baru ko beri arahan ke ...?

  4. Anonymous says:

    kenapa dia cakap mcm tu?adakah kerana.dia dan keluarga dah kaya maka tak perlu lagi or tak penting lagi melayu?.

  5. Anonymous says:

    Aku rasa rafidah ni bukan melayu kot sebab tu dia cakap macam ni. Muka dia pun macam cina je.

  6. Dia tidak jadi mentri di Malaysia kalau tidak kerana dia seorang Melayu. Ramai lagi perempuan-perempuan yang lebih bijak dari dia di negara ini!!!. Dasar kacang lupakan kulit!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.