..

..

MESYUARAT MT TONJOL SEMANGAT SETIAKAWAN , TAMATKAN SPEKULASI PEMECATAN #UMNO

on Wednesday, September 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung hari ini menutup pelbagai spekulasi berkaitan parti dan kepimpinannya apabila Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memaklumkan bahawa mesyuarat terbabit berlangsung dengan sangat baik dan menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.
Beliau turut mengalu-alukan penglibatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO yang menyatakan kesetiaannya kepada parti dan kesanggupannya untuk terus berjuang bagi memastikan kekuatan dan kejayaan UMNO dalam pilihan raya akan datang.
Kuala Lumpur, 9 September-- Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC petang ini. Turut keliahatan Timb. Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib - naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Wira Ab Rauf Yusoh. - Foto : MediaUMNO
“Saya ucapkan terima kasih atas komitmen beliau dan juga kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Naib Presiden UMNO yang turut melahirkan komitmen yang sama iaitu bekerja demi kepentingan parti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, hari ini.
“Antara perkara yang dibincang dalam mesyuarat terbabit ialah berkaitan perkembangan semasa isu-isu tertentu termasuk pentingnya soal solidariti dalam hal kepimpinan UMNO di peringkat tertinggi termasuk MT sebagai asas untuk menjamin kelangsungan UMNO iaitu parti yang berkuasa dan berkemampuan untuk menyelesaikan apa jua isu.”
Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat dalam penajaan perhimpunan rakyat sebagaimana yang direncanakan akan diadakan pada 16 Sept hadapan namun mengakui wujudnya beberapa pemimpin UMNO mewakili NGO yang terlibat dalam perhimpunan terbabit.


“Pendirian UMNO ialah kita mesti patuh kepada undang-undang negara dan pihak berkuasa termasuk pihak polis. Jadi apa-apa undang-undang dan apa-apa arahan mesti dipatuhi oleh pihak yang menganjur perhimpunan ini termasuk tempatnya dan apa jua yang bersabit dengannya.
“Perhimpunan ini tidak boleh dan kita tidak akan membenarkan ia merosakkan keamanan dan ketenteraman negara malah tentu sekali tidak dijadikan sebagai satu platform yang berbaur perkauman.
“UMNO berdiri atas prinsip sebuah parti yang bersama-sama dalam Barisan Nasional iaitu percaya kepada kepelbagaian kaum dan persefahaman antara kaum adalah salah satu asas penting untuk menentukan kekuatan negara ini,” tegasnya yang juga Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional.
Beliau turut mengumumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan diadakan bermula 8 hingga 12 Disember hadapan.
Turut hadir dalam sidang media terbabit ialah Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama dengan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan.
Mereka disertai ketua sayap Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin. – MediaUMNO



One Response

  1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.