..

..

MENGAPA KERAJAAN DAP SUSAH NAK LULUS PASAR TANI BARU DI P.PINANG ??

on Tuesday, September 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Bila kuasa di tangan bangsa lain & kerajaan pembangkang  beginilah kesannya berlaku di P.Pinang . 

Kerajaan Pusat nak wujudkan pasar tani untuk kemudahan rakyat berpendapatan rendah membeli terus barang pertanian harga lebih murah  daripada peniaga kecil pun susah dan lulus . 

Bukan soal kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri tak sehati sejiwa tapi ia lebih kepada keenganan kerajaan DAP sejak memerintah  membela nasib peniaga Melayu di P.Pinang 

Peniaga pasar tani adalah majoritinya  Melayu manakala pembeli yang akan berkunjung juga Melayu.  Kalau harga pasar tani  jauh lebih murah daripada harga di market , pastinya yang untung adalah orang Melayu berpendapatan rendah  . 

Jadi ingat kerajaan DAP senang -senang nak luluskan pembukaan pasar tani baru . Yang sedia  ada pasar tani   mujurlah tak diharamkan mereka 





Tapi kalau kaum Cina nak berniaga , jalan pun sanggup kerajaan DAP tutup  dari kenderaan masuk !!

Ini membuktikan keenganan kerajaan DAP meluluskan 7  tapak baru pasar tani adalah bersifat perkauman dan tidak menghirau langsung  nasib peniaga Melayu yang ingin mencari rezeki .

Jadi , orang Melayu harus ambil iktibar apa yang berlaku di P.Pinang ini  jika DAP  diberi kuasa dan mengamalkan polisi seperti ini . 





Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, permohonan itu sudah dihantar kepada kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sejak dua tahun lalu, namun tidak diluluskan sehingga kini.
Menurut beliau, tapak pasar tani itu melibatkan tiga kawasan di Seberang Perai Utara (SPU); Seberang Perai Selatan (SPS); Georgetown dan Tanjong Tokong.

Apa yang dikesalkan, tambahnya, kerajaan negeri memberi pelbagai alasan tidak munasabah dalam menolak permohonan membuka tapak pasar tani baharu itu seperti kesesakan lalu-lintas dan sebagainya.

“Sehubungan itu, kita mendesak MPSP dan MBPP mengkaji permintaan ini kerana tujuannya adalah untuk kesenangan dan kebajikan penduduk tempatan.

“Umum mengetahui barang-barang yang dijual di pasar tani jauh lebih murah selain dekat dengan kawasan penempatan penduduk sekali gus dapat membantu mereka berjimat dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/kerajaan-pulau-pinang-digesa-lulus-7-permohonan-pasar-tani-baharu-1.136697#sthash.VFjCR4x5.dpuf


One Response

  1. Anonymous says:

    Orang Melayu pp tak boleh hanya angguk tapi aktif TUNTUT Dan tak boleh dok diam.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.