..

..

MCA P.PINANG TAK BISING KAUM CINA SERTAI BERSIH TAPI MEROYAN HIMPUNAN MELAYU

on Monday, September 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kumpulan 'Baju Merah' harus membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan "Himpunan Maruah Melayu" pada 16 September ini.
Jelasnya, MCA menentang sekeras-kerasnya gesaan Umno Bahagian Permatang Pauh yang meminta orang Melayu supaya mengambil bahagian dalam konvoi motosikal dari Permatang Pauh ke Bukit Bintang.
"Walaupun kami faham niat ahli Umno untuk menunjukkan solidariti mereka di belakang Perdana Menteri, perhimpunan seperti ini perlu dilakukan dengan cara yang sah, positif dan aman tanpa bersifat perkauman," kata Chew.
Beliau berkata sebagai sebuah parti pemerintah, Umno perlu menjadi pemimpin contoh dan tidak menghina Akta Perhimpunan Aman yang digubal dan diluluskan di Parlimen.
"Tanggapan mengenai perhimpunan dan perarakan kumpulan baju merah pada kali ini mencetuskan kebimbangan banyak pihak terutamanya apabila rusuhan baharu sahaja berlaku di Plaza Low Yat," katanya.
Chew yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Pulau Pinang berkata, perhimpunan tersebut hanya akan mencetuskan sensitiviti perkauman dan konflik.
"Sebagai seorang yang menyokong 1Malaysia dalam pentadbirannya, saya percaya Perdana Menteri juga tidak akan bersetuju dengan tindakan seperti itu yang akan menyebabkan perpecahan kaum," kata Chew.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.