..

..

LAPORAN POLIS TERHADAP NURUL IZZAH ISU BELI DOKUMEN AS$2 JUTA KEPADA JUSTO #1MDB

on Tuesday, September 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Semakin meroyan kepada nama2  individu di Malaysia  yang bersubahat dengan Claire Brown  yang didedahkan pencuri Justo melalui perbualan whasapp  .

 Nurul Izzah antara nama disebut turut menawar membeli dokumen dicuri Justo bernilai  AS$2juta  dalam bentuk dokumen kontrak kerajaan   .

Dokumen apa yang cukup bernilai &  diminati puak  desperado mahu menjatuhkan Najib ini ?

Kontrak kerajaan apa yang ditawarkan ini  ?? Ini duit rakyat bukan duit bapak dia

GPB menyokong laporan polis dibuat UMNO Lembah Pantai terhadap Naib Presiden PKR ini dakwaan itu cukup berat .



Satu laporan polis dibuat UMNO Lembah Pantai terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung artikel yang disiarkan akhbar Berita Harian bersabit dakwaan bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo.

"Kita mahu polis siasat segera ahli Parlimen Lembah Pantai ini yang dikaitkan dengan cubaan membeli dokumen bh justo vs nuruldaripada Justo seperti dilaporkan akhbar hari ini.

“Kita pun khuatir seolah-olah dia cuba membeli dokumen itu daripada Justo yang harganya begitu tinggi mencecah AS$2 juta, kita tidak tahu dokumen apa, tapi mungkin penting bagi dia (Izzah),” kata Setiausaha UMNO Lembah Pantai, Datuk Sazali Kamilan, Selasa.

Menurutnya, siasatan segera perlu dilakukan terhadap Izzah sambil menyifatkan dakwaan itu sesuatu yang serius.

Usaha Izzah mendapatkan maklumat dari Justo katanya, seolah-olah cuba memperlihatkan dirinya sebagai ikon atau pemimpin masa depan.

Lebih meloyakan, Izzah dipercayai menjanjikan laba berbentuk kontrak kerajaan kepada Justo.

Laporan BH hari ini mendedahkan, butiran siasatan kes membabitkan Justo, termasuk pengakuan bertulis yang mendedahkan minat Izzah membeli data 1Malaysia Development Berhad (lMDB) yang dicurinya pada tahun 2011. 
Justo menganggap Izzah bukan pembeli berpotensi kerana beliau mahukan bayaran tunai berjumlah AS$2 juta (RM8.62 juta) bagi dokumen berkenaan sedangkan Izzah menawarkan kontrak kerajaan apabila pembangkang mengambil alih kuasa daripada pentadbiran sekarang. 
Justo mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Izzah ke dalam urusan itu - bnbcc


One Response

  1. Anonymous says:

    UMNO lembah pantai ni tak ada kerja lain ke...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.