..

..

KEMENTERIAN KESIHATAN DEDAHKAN 17 PAKAR RAWAT ANWAR , SANGKAL TUDUHAN TAK BERI RAWATAN

on Monday, September 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




 Kementerian Kesihatan menyangkal laporan beberapa portal berita yang mendakwa tiada rawatan imejan resonans magnetik (MRI) diberikan kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau ditahan di penjara Sungai Buloh.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua MRI dilakukan ke atas Anwar, pada 2 Jun dan 24 Ogos, dengan laporannya disediakan  pakar perunding radiologi Hospital Kuala Lumpur.

Salinan laporan dan CD imej itu telah diserahkan kepada keluarga Anwar pada 14 Julai dan 21 Sept, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan diterbitkan oleh MalaysiaKini, The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today berhubung kesihatan Anwar dan rawatan dijalaninya.

Dr Noor Hisham berkata panel pakar yang merawat Anwar terdiri daripada 17 perunding klinikal dari lapan bidang perubatan termasuk surgeri ortopedik dan radiologi otot dan tulang.

"Berhubung dengan permintaan mendapatkan pendapat kedua mengenai kecederaan bahu kronik dialami Anwar, ini telah diberikan menerusi penyertaan empat perunding ortopedik dari luar di dalam panel pakar," katanya. (Pakar lain adalah daripada Hospital Kuala Lumpur.)

Selain itu, seorang perunding ortopedik artroskopi dan pakar bedah sukan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya dibenarkan oleh pihak berkuasa penjara untuk memeriksa Anwar pagi ini seperti diminta oleh keluarganya untuk memberikan "pendapat kedua," kata Dr Noor Hisham.

"Semua keputusan berkaitan rawatan Anwar dibuat berdasarkan cadangan panel perunding dan tiada seorang pun daripada anggota panel itu membuat keputusan secara bersendirian," katanya.


3 Responses

  1. Patut kementerian keluarkan gambar MRI tu sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada rakyat. Baru la senang diorang nak percaya...

  2. Patut kementerian keluarkan gambar MRI tu sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada rakyat. Baru la senang diorang nak percaya...

  3. Anonymous says:

    Pakar psykiatri takder ke ?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.