..

..

HUBUNGAN ETNIK CINA-MELAYU TEGANG BUKAN SALAH BANGSA MELAYU

on Saturday, September 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Jika membaca akhbar Sinar Harian hari ini, GPB  tertarik dengan kenyataan Dr Teo Kok Seong yg menyatakan hubungan etnik khususnya di antara Melayu-Cina berada di tahap tidak baik dan semakin tegang yang kebelakangan ini berlaku cabar mencabar..

Persoalannya.. siapa yang mula mencabar siapa? Siapa yang mula menyentuh, mempersoal serta menghina pemimpin Melayu ,  kesucian agama Islam, kedudukan Raja-raja serta hak keistimewaan Melayu?

 Selama ini adakah orang2 Melayu pernah mempersoalkan tentang agama, budaya serta adat resam orang Cina. Setahu kita tidak pernah ada pun orang Melayu menghina agama orang Cina.

 Tidak pernah sama sekali. Siapa yang hina agama Islam? Siapa yang  persoal dan mengeluarkan surat aduan  bertulis laungan azan di masjid2 atau surau2 ini bising  ?

Tidak pernah berlaku perkara sedemikian sebelum ini

 Media sosial dijadikan mereka sebagai medium utk menghina Islam, Melayu dan institusi Raja secara terus-terusan .

Sehubungan itu, Melayu perlu pertahankan hak mereka di bumi tanah air mereka apabila dicabar secara berterusan. Tidak timbul soal Melayu mencabar Cina. Tapi apabila Melayu mempertahankan haknya, Melayu yang pula salah dan dikatakan rasis oleh pemimpin Melayu yang playsafe .

Kesimpulannya , tulisan Dr Teo Kok Seong secara halus lebih bersifat untuk mempertahankan bangsanya sendiri, Cina dan cuba meletakkan kesalahan ke atas Melayu ..




KUALA LUMPUR – Dua perhimpunan besar yang berlangsung di ibu kota iaitu Bersih 4.0 dan Himpunan Baju Merah menggambarkan hubungan etnik, khususnya Cina dan Melayu di negara ini, berada di tahap tidak baik.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, situasi ini boleh mencetuskan konflik yang lebih besar jika tidak diuruskan dengan baik.

“Ini bukan lagi soal baju kuning atau merah. Tetapi dua himpunan ini telah memperlihatkan manifestasi bahawa hubungan etnik Cina dan Melayu yang semakin tegang.

“Sedangkan selama ini kita hidup aman damai dalam tetapi kebelakangan ini berlaku cabar-mencabar antara kaum. Dalam hal ini, tiada sesiapa yang untung, bak kata pepatah kalau menang jadi arang, kalah jadi abu,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan peserta yang memainkan isu perkauman di kedua-dua perhimpunan juga hanya akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

“Di persada antarabangsa kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang gagal menguruskan hubungan etnik. Semua ini bawa keburukan kepada negara kita,” katanya.

Menurutnya, isu tersebut jika tidak akan timbul sekiranya rakyat Malaysia tidak menjadikan perhimpunan beramai-ramai sebagai satu budaya.

“Seperti kita tahu, kelakuan manusia tak dapat dikawal apabila berkumpul beramai-ramai. Yang penakut pun boleh jadi berani apabila dihasut.

“Kadang-kadang himpunan disabotaj dan keadaan menjadi huru-hara. Semua perkara ini tak dapat dielakkan dalam mana-mana perhimpunan,” katanya.

Menurutnya, terdapat cara lain untuk rakyat mengusulkan tuntutan iaitu menerusi sistem demokrasi berparlimen.

“Bersih 4.0 membawa lima tuntutan, manakala himpunan baju merah ada 14 resolusi. Tetapi tak perlu pun semua itu dibawa melalui perarakan atau himpunan sebegitu.

“Sebab kita ada saluran yang lebih beradab melalui sistem demokrasi kita. Semua isu dan tuntutan itu boleh dibangkitkan oleh wakil rakyat di Parlimen,” katanya.-sinar harian


One Response

  1. apa yg jelas kaum cina DAP yg biada dan nmelampau terhadap melayu malah terhadap Perlembagaan Negara...cina DAP wajib dibersihkan...!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.