..

..

HINA SILAT : PENGASAS SILAT MELAYU AJAK PAK SAMAD DAP BERTEMU EMPAT MATA

on Tuesday, September 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


Begitu la murah harga diri Melayu dibeli bila  sertai DAP .

Bila sertai parti cauvinis DAP , dia mesti tunjuk taat setianya dengan menghina  segala apa berkaitan Melayu termasukkan seni mempertahankan diri iaitu SILAT . Kalau Kit Siang hina silat memang mencari nahas tapi bila barua Melayu digunakan lebih mudah .

Silat bukan hanya tari menari pertunjukkan seperti Pak Samad DAP ini dakwa sebaliknya silat ialah seni bela diri membangkitkan keberanian dalam pertahankan maruah diri .

Sia-sia orang tua ini digelar Sasterawan ..




Kenyataan memperlekehkan Silat Melayu oleh Dato' A. Samad Said
Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia serta gabungan DSSM negeri memandang serius kenyataan tokoh Sasterawan Negara dalam kenyataan beliau kepada umum didalam satu forum di Petaling Jaya baru-baru ini seperti yang disiarkan oleh portal Malaysiakini, yang menyebut :

"Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat" (untuk mempertahankan negara) adalah mengguris hati masyarakat warga persilatan, bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di dunia Alam Melayu Nusantara ini. Selain itu, DSSM turut menyanggah kenyataan bahawa perhimpunan pesilat di Dataran Merdeka adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu.

Untuk pengetahuan Dato' A Samad Said dan pihak yang menyokong kenyataan tersebut. Silat mahupun segala rupa bentuk Seni Beladiri yang ada di dunia ini wujud untuk membangkitkan keberanian, bukannya ketakutan dalam mempertahankan maruah diri, Agama, Bangsa dan juga Tanahair. Seni Silat juga adalah satu Seni Beladiri, dan bukan seni tari menari, jauh sekali dari seni bersyair, bergurindam atau menulis cerpen.

Dalil betapa pentingnya mempelajari ilmu berkaitan Beladiri dan pertahanan telah dijelaskan didalam Al-Quran didalam Surah Al-Anfaal ayat 60. ALLAH berfirman :"Dan persiapkanlah diri kamu untuk menghadapi mereka (musuh ALLAH) dengan apa sahaja kekuatan ada yang kamu mampu."

Tujuan Silat yang utama bukan sahaja mempertahankan diri, bahkan konsepnya perlu dilihat dengan lebih luas. Silat bukan sahaja mendidik mempertahankan diri dan mengajar cara berdepan dengan musuh, tetapi Silat juga mendidik untuk membina kekuatan jasmani dan sahsiah rohani pengamalnya. Ini selaras dengan maksud hadis dari riwayat Imam Muslim R.A bahawa Nabi Muhammad Rasullullah SAW bersabda:"Seorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai ALLAH daripada mukmin yang lemah.".
Kami menjemput dan mempersilakan Dato A Samad Said mempelajari terlebih dahulu mana-mana perguruan Silat yang ada di Malaysia ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa mengetahui terlebih dahulu apa itu Silat dan maksud falsafah pendidikan Silat yang sebenarnya.
Justeru itu, saya mempelawa Dato' A Samad Said bersama pihak yang senada dan bersetuju dengan kenyataan tersebut untuk bertemu dalam sesi pertemuan empat mata untuk menjelaskan dan menyelesaikan perkara ini.
Selaku seorang tokoh sasterawan negara, kami mengharapkan Dato' A Samad Said menyatakan persetujuan untuk hadir sebagai seorang anak Melayu dan muslim yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini.
Sekian. Terima kasih.
MENYATU-MEMBUDAYA-MEMAJU-MEMARTABAT
Sahruddin Bin Esa
Pengasas & Pengerusi
Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia
& gabungan DSSM negeri
21hb. September 2015
Isnin, 3.13 petang



INI BUKAN ZAMAN SILAT - PAK SAMAD 

Ketika Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pesilat akan mempertahankan kerajaan hingga titisan darah terakhir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said memberikan takrifan baru kepada seni bela diri itu.

 "Bagi saya silat sekarang sebenarnya adalah khazanah untuk dipertunjukkan sahaja bukan untuk mempertahankan diri lagi," katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya hari ini. Samad yang menyertai DAP baru-baru ini menegaskan, perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan persilatan tidak begitu ampuh untuk mempertahankan negara.

 Katanya, pada zaman ini pertentangan boleh berlaku dan pihak berseteru boleh dikalahkan dengan tembakan dari jarak jauh.

 "Kita tak lagi guna keris," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad. Beliau yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap penggerak kesusasteraan dan kesenian pada 1985 berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan pesilat semalam adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu.

 Semalam, perdana menteri menghadiri perhimpunan 15,000 pengamal persilatan bersama bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam. Dalam ucapan penuh bersemangat itu Najib memuji pesilat terbabit kerana sanggup mempertahankan kerajaannya. Kata Samad, orang ramai perlu memahami dan melihat persilatan daripada suduh pandang kesenian. "Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat (untuk mempertahankan negara)," katanya.


9 Responses

  1. Anonymous says:

    attack apa saja berkaitan dengan melayu....tapi mesti guna melayu....kita duduk belakang sambil goyang kaki...kasi kipas si tolol melayu itu supaya lebih banyak lagi dia cakap...lagi banyak melayu marah.....bila melayu sama melayu gaduh...mereka jadi lemah dan berpecah....itu jam kita tunjuk kita punya kepala....melayu memang senang di beli...kita ada banyak wang,,,apa susah..melayu mana ada wang...??

  2. Anonymous says:

    NI BUKAN ZAMAN SILAT, INI ZAMAN UNTUK MENJADI BARUA PEMIMPIN CINA DAP - PAK SAMAD

  3. Anonymous says:

    Sekarang banyak Melayu takut mengaku Melayu, takut bangsa lain tuduh rasis, tak apa tukar nama jadi bukan Melayu, terutamanya yang masuk DAP dah golongan 25.

  4. Anonymous says:

    Melayu yang sayang Cina daripada bangsa sendiri, apa boleh buat masing-masing punya kubur.

  5. Anonymous says:

    Pak Janggut Drunken Shaolin Kungfu ini bolehlah berlakun dlm filem arahan Jet Li. Boleh terbang lagi. Amithoba

  6. Anonymous says:

    Berul ka si babi tua bulu purih menghina peesilatan melayu....
    Babi tua anak haramjadah keturunan babi ni sedar ka apa yg dia cakap..
    Mmg babi tua bulu putih ni bangsa babi upahan Dapigd laknatullah....
    Situa babi haramjadah

  7. Anonymous says:

    Assalamualaikum Wrt...

    Biarkan dia berkata-kata...Jangan sampai masa nanti masing-masing terkencing dalam seluar bila dia sedar betapa berharganya ilmu silat di akhir zaman ini...Cuma saya terkilan bila seseorang sasterawan negara mengeluarkan fakta sebegini...Mungkin sebagai provokasi atau ada sebab-sebab yang tersembunyi...Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui... Wallahuallam...

  8. Anonymous says:

    a samad silap sikit ckp tu

    patutnya KITA TK GUNA SILAT UTK BELA PEROMPAK DAN PENYAMUN BANGSA SENDIRI

    silap ckp sikit dok nk cabar org tua tu

    khalifah silat gayung rompak bebillion2 senyappp je org silat

    mana sifat pendekar... pembodek tk harus mengaku pendekar

    SERIKANDI ADALAH SEPERTI ANINA DR KEDAH YG BERANI BERCKP BENAR...... beliau bawa keris ke utk bela maruah rakyat ?

    sekian

    dpd :

    Pesilat Wawasan bkn Pendekar Bodek

  9. Anonymous says:

    Buku sastera dia tu pun entah apa-apa pun...Tak ada yang boleh mengubah minda melayu....Cuma khayalannya je sendiri. Aku baca buku khayalan nya tu..tetapi tiada membawa apa-apa makna pun...jangan tidak kata orang baca le buku...TETAPI buku pak samad hanyalah buku khayalan....rugi je beli sebenonya...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.