..

..

BUDAYA POLITIK BURUNG UNTA PUNCA UMNO LEMAH & BUKAN MODE ATTACKING ? @Zahid_Hamidi

on Saturday, September 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hari ini di Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak , Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak sinis  beberapa pemimpin dan ahli UMNO sekarang ini   yang dilihat mengamalkan budaya politik burung unta .

Budaya politik burung unta dimaksudkan beliau cukup mudah  difahami  " Bila musuh datang sorokkan kepala , lari dari masalah & lepaskan beban kepada orang lain " 

Hakikatnya  memang ada malah   segelintir  pemimpin dalam MT UMNO sendiri mengamalkan budaya politik burung unta ini .  Bila musuh menyerang  ada yang  pakat sembunyi diri dan lebih teruk ada  pulak tumpang sekaki menyoal pemimpin parti   !!

Kesimpulannya ,  maksud  yang tersirat mahu disampaikan  Zahid Hamidi  ialah jika budaya politik burung unta ini dihapuskan , barulah parti nampak bersatu dan kuat .

Jika musuh datang menyerang pemimpin dan parti kita akan kita sama-sama pertahankan & menyerang semula  bukannya lari dari masalah .




Jangan amal budaya  politik burung unta 

KAMPUNG GAJAH: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak mengamalkan budaya politik burung unta dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. 

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, burung unta mempunyai saiz fizikal besar tetapi tidak boleh terbang dan melepaskan beban serta masalahnya kepada pihak lain.

 "Apa yang berlaku budaya burung unta, badannya besar tidak boleh terbang, bila musuh datang sorokkan kepala. 

"Budaya ini hendaklah dielakkan, bila musuh datang sorok kepala, jadi kita jangan ikut budaya ini, lari dari masalah dan lepaskan beban kepada orang lain," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak di Dewan Besar Felcra Changkat Lada, di sini, sebentar tadi.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.