..

..

BONGKAR ! 1MDB HANYA SEBAB UNTUK JATUHKAN NAJIB

on Sunday, September 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




PENAHANAN seorang pemain utama dalam plot menjatuhkan kerajaan hari ini membuktikan bahawa isu berkaitan 1MDB yang dijuarainya, sengaja disensasikan untuk menjatuhkan kerajaan. Ia tidak berkaitan rakyat sama sekali, sebaliknya alasan untuk menukar kerajaan secara sangat tidak demokratik, sebab itu orang ini ditangkap.
Tukar kerajaan memang boleh tapi cara pilihanraya atau proses yang berlaku dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, bukan dengan cara apa yang lain dari itu.
Sebenarnya tanda tanya sudah lama bermain di kepala rakyat, bila orang ini mahu ditangkap?  Tapi yang penting, dia yang aktif merantau kebeberapa buah negara membuat laporan ke atas negara sendiri, termasuk berjumpa dengan Claire Brown yang turut dikaitkan dengan komplot sama, akhirnya ditangkap juga.
Padanlah 1MDB nampak tidak terjejas sedikit pun kerana sememangnya banyak perkara yang cuba dikaitkan dengan syarikat itu, adalah tidak benar.  Sudah lama sejak nama 1MDB disentuh. Kali terakhir dakwaan kononnya wang RM 2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri datang dari 1MDB, itu sudah dibuktikan palsu.
Wang itu adalah derma politik, tidak berlawanan dengan undang-undang sama sekali.
Rakyat selepas ini bagaimanapun perlu bersedia untuk melihat bekas Perdana Menteri, Tun M pula menjadi individu seterusnya untuk ditangkap.  Pelik nampaknya kalau individu ini kena, Tun M tak kena sebab mereka diketahui begitu rapat bersama.
Lagipun penglibatan Tun M dalam komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri ini bukanlah rahsia, bahkan dia begitu terbuka tentangnya.
Permainan licik Tun M bagaimanapun memungkinkan dia terlepas dari sebarang tindakan undang-undang.  Dia tidak pernah dilihat melibatkan diri secara langsung, dia hanya jadi pak dalang di latarnya sahaja.  Yang buat laporan polis merata tempat tentang 1MDB bukan dia, tapi orang suruhannya yang ditahan hari ini.
Dia hampir tak terlibat apa-apa kecuali penglibatan menulis dalam blog, sentuh dalam ucapan, setakat itu sahaja.
Lagipun Tun M begitu menjaga percakapannya.  Dia akan memastikan apa juga ayat yang keluar dari mulutnya hanya berkaitan nak menjatuhkan Perdana Menteri, bukan kerajaan.  Sebagai bekas Perdana Menteri, dia tahu salah untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik, jatuh Perdana Menteri tak apa.
Itu yang ajak pembangkang jatuhkan Najib, tapi tak jatuhkan BN.  Bunyi bodoh benarkan?  Macam mana jatuh Najib tak jatuh BN bila Najib menjadi Perdana Menteri hasil vote of confidence dari ahli-ahli parlimen BN di Dewan Rakyat?
Rupanya ia memang dirancang sebegitu rupa supaya Tun M tidak boleh dilihat cuba menjatuhkan kerajaan, hanya nak jatuhkan Najib.
Kita bagaimanapun simpatilah dengan orang suruhannya yang ditahan hari ini.  Dia mungkin hanya jadi mangsa permainan politik Tun M sahaja. -MYKMU.NET-


One Response

  1. Anonymous says:

    Kami penyokong DS Najib merayu dan menyeru agar WSJ dan Sarawak Report disaman dan menuntut ganti rugi atas fitnah yang dilakukan oleh kedua dua media barat ini.

    Jika saman tidak dapat dilakukan di negara ini, maka pemulaan saman boleh dan perlu dilakukan di US dan UK! Malah adalah terbaik jika dilakukan saman dinegara mereka!

    PM perlu bertindak untuk membersihkan unsur2 negatif ini kerana kerana jika PM berjaya menyaman di negara mereka, sekaligus akan menaikkan nama PM.

    Jika PM tidak cukup wang, bolehlah PM beri no akaun untuk masukkan sedikit sumbangan ikhlas dari kami!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.