..

..

BANNER PARTI BIKINI DI KELAB MALAM P.PINANG DAPAT KRITIKAN MEDIA SOSIAL

on Monday, September 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





 Kain rentang parti bikini dipasang di Juru, Seberang Perai Tengah, yang akan diadakan di sebuah kelab malam di Pulau Pinang heboh diperkatakan di media sosial.

Berdasarkan status yang dimuat naik pemilik akaun Facebook Muhamad Fairus Ishak, penulis mempertikaikan kesesuaian penggantungan kain rentang tersebut yang diletakkan di kawasan yang penduduk majoritinya Melayu dan berbilang kaum di Juru.

"Apa sudah jadi nie??? Bikini party..banner sexsi boleh buh kat tepi jalan macam tu ja ka??...agak-agak lah nak buat..."
Gambar itu kemudian mendapat perhatian pengguna laman sosial lain dan dipercayai dikongsi sebuah blog, http://penang-kini.blogspot.my.

Dalam blog itu, penulis mempertikaikan kain rentang berkenaan yang tidak menghormati penganut agama Islam dan kerajaan negeri gagal memantau pemasangan kain rentang itu.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kain rentang itu sudah ditanggalkan oleh penganjur setelah dinasihatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), petang Jumaat lalu.

“Parti yang dicadangkan dianjurkan pada 1 Oktober ini juga dibatalkan. Penganjur juga dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).


“Biarkan pihak PBT menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada individu berkenaan jika melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kain rentang terbabit.


2 Responses

  1. Malik Itik oh Malik Itik

  2. Anonymous says:

    Aku x ingat bila.
    Tapi masa zaman sharizat jalil jadi menteri wilayah..masa tu masjid bangsar membantah pesta mandi buih kat bangsar yg mana skrg ni the village bangsar..

    Masa tu sharizat jalil kata kalau tak salah telinga aku yg mendengar ni kata apa salah nak buat pesta mandi buih..tapi di sebabkan oleh desakkan AJK Masjid..alhamdulillah..di batalkan..

    Jadi apa beza umno dan dap?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.