..

..

AWAS ! "BLACK OPS" PUAK BERSIH4 CUBA SABOTAJ HIMPUNAN #RAKYATBERSATU #MERAH916

on Tuesday, September 15, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tarikh/Masa Laporan: 14 SEP 2015; 2200

Laporan diterima bahawa terdapat beberapa kumpulan daripada pihak anti-Kerajaan yang merancang untuk melaksanakan "Black-Ops" untuk cuba mensabotaj Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyamar sebagai peserta-peserta baju merah pada 16 September 2015 dan melakukan perkara-perkara berikut:



1. Meletakkan gambar-gambar pemimpin-pemimpin kaum cina dan pembangkang terutamanya DAP di atas dan di tepi jalan untuk dipijak oleh peserta-peserta himpunan baju merah.

2. Meletakkan patung-patung pemimpin kaum cina dan pembangkang untuk dipukul dan dibakar oleh peserta himpunan baju merah.

3. Mencetuskan pergaduhan dan membaling botol ke arah kedai-kedai kepunyaan peniaga kaum cina untuk mencetuskan rusuhan.

Tujuan mereka adalah berniat jahat untuk memperdaya dan memerangkap peserta-peserta himpunan baju merah supaya melakukan perkara-perkara di atas. Ini adalah supaya jurugambar-jurugambar dan wartawan-wartawan mereka dapat mengambil gambar-gambar dan memutarbelitkan (spin) cerita kelakuan buruk peserta-peserta himpunan baju merah untuk dijadikan bahan propaganda untuk memburuk-burukkan perhimpunan aman Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September 2015 ini.

-TAMAT LAPORAN-"

JANGAN TERPERDAYA DAN TERPERANGKAP DENGAN RANCANGAN JAHAT MEREKA. JAGALAH NAMA BAIK DAN KEAMANAN HIMPUNAN KITA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.