..

..

ASYRAF WAJDI NASIHAT HENTI SEBAR STATUS FB SAIFUL NANG TUDUH ADA RUMAH PELACURAN DI MEKAH

on Sunday, September 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Saiful Nang pergi ke Mekah (sebagai petugas khas Tabung Haji) dia hanya mencari keburukan orang lain di sana. 

Bila dia  claim ada banyak rumah Pelacuran di Mekah dan ini yg menyebabkan selalunya ada bencana di Mekah. Sampai nak ajak orang tukarkan pemerintahan Beraja di Mekah...itu sudah melampau !!

Tujuan kita menunaikan Haji dan Umrah semua bergantung pada niat. kalau niat mencari keredhaan allah...redha allah lah yang kita dapat...


USAH SEBAR STATUS FB DAN WHATSAPP SEORANG PHOTOGRAPHER YANG MENDAKWA MAKKAH ADA RUMAH PELACURAN.
Nasihat saya kepada mereka yang membaca status FB seorang photographer dan blogger yang mendakwa banyak rumah-rumah pelacuran di sekitar Makkah, usah share di FB masing-masing.

Jangan cemari wall FB kalian dengan status yang kotor. Status yang boleh merendah-rendahkan Tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.

Kalau pun benar di Makkah ada aktiviti pelacuran, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seIslam dengan cara sebegini.

Apatah lagi ia adalah dakwaan, fitnah dan tuduhan yang didengar entah dari siapa...

Sesungguhnya membuka dan menyebar keaiban saudara seIslam adalah sifat munafiq.
Apatah lagi keaiban yang direka cipta dengan tujuan memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan dua tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azah siksa yang tidak terperi pedihnya, di dunia dan di akhirat. Dan ingatlah Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (surah al-Nur: 19)
(Nasihat daripada sahabat saya Ustaz Lokmanulhakim)




One Response

  1. Anonymous says:

    Entah apa Saiful ni syiah tak...aku pergi umroh aku tengok org syiah sembahyang tak ikut imam..makam nabi pun mereka tengok dari jauh...aku baru terima whatsap dari member kat mekah org syiah terjerit jerit laibaikallah hosin...ini tahap mensyirikkan allah...hosin di samakan dgn allah...mcm kristian samakan allah dengan isa.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.