..

..

AS TAK ADA ASAS GANGGU NAJIB ATAS DAKWAAN FITNAH WSJ & NYT

on Wednesday, September 23, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Sejak beberapa hari lalu, New York Times (NYT) dan Wall Street Journal (WSJ) – yang kebetulan surat khabar adik-beradik dimiliki oleh baron media Sir Rupert Murdoch – telah menerbitkan cerita-cerita yang tidak berasas dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang menghadapi siasatan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan mungkin ditangkap oleh kerajaan Amerika Syarikat.
WSJ adalah yang pertama yang melaporkan bahawa FBI telah memulakan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram, memetik sumber-sumber.
Akhbar ini, yang mendakwa diri mereka sebagai akhbar harian kewangan, melaporkan bahawa siasatan FBI itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya dibuat oleh bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan – yang telah ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.
Kemudian, yang memeranjatkan, WSJ juga melaporkan dalam artikel yang sama: “Jurucakap pejabat FBI di New York berkata tiada ejennya telah diatur untuk bercakap dengan Encik Khairuddin atau mempunyai apa-apa hubungan sebelumnya dengan dia.” Jika benar, mengapakah WSJ kemudian terus menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap PM Najib apabila asas artikel ini telah dinafikan oleh FBI?
Keesokan harinya, NYT menerbit satu artikel mendakwa seorang juri besar persekutuan di Amerika Syarikat telah memeriksa dakwaan rasuah yang melibatkan PM Najib – mendakwa dua sumber yang tidak dinamakan berkata siasatan itu sedang dikendalikan oleh unit Jabatan Kehakiman yang menyiasat rasuah antarabangsa.
Kemudian, yang memeranjatkan, NYT juga melaporkan dalam artikel yang sama: “Seorang jurucakap Jabatan Kehakiman enggan mengulas.”
Menariknya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – yang telah menjadi pengkritik hebat PM Najib – telah dilaporkan berkata Najib mungkin ditangkap oleh FBI. Namun begitu, Dr Mahathir mengakui: “Itu hanya suatu kemungkinan berdasarkan undang-undang antarabangsa ketika ini.”
Dengan ketiga-tiga sumber yang dianggap berwibawa bercanggah sesama sendiri selepas membuat tututan yang sensasi- tetapi tidak berasas – ia membuat kita tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku sekarang dan mengadu-domba sistem keadilan AS terhadap pemimpin pilihan rakyat di Malaysia.
Setakat ini, kerajaan AS telah bertindak di luar sempadannya hanya dalam dua jenis aktiviti – penyeludupan dadah dan jenayah perang, termasuk serangan keganasan.
Dan tiada seorang yang waras pun boleh mengaitkan Najib ke dalam aktiviti-aktiviti ini.
SHANTI RAMACHANDRAN
Kuala Lumpur


8 Responses

  1. mungkin disiasat oleh FBI (faizal bin ismail)

  2. Anonymous says:

    Madet dah nyanyuk.. apa nama, apa nama.. kah kah kah

  3. Anonymous says:

    Orang2 yg mencacai2 fasal Najib ni agaknya ada sakit mental. Jiwa x tenang dan hati x senang melihat Najib berjaya.

  4. Anonymous says:

    yg peliknya nama Keling tua tu ada juga... ada hati nk suruh FBI tangkap Najib..

    rupanya ini permainan gerakan saraf mahazalim madey dgn geng2nya

    yg aku pelik kenapalah balaci2 bodoh ni sanggup jilat WSJ n NYT tak pasal2 sejak bila pulak mak bapk korang dapat makanan free Amerika?

    tk pikir sejenak.. apa kesudahan dengan menunjuk telunjuk kaki media2 laknatullah ini dlm soal menjatuhkan pemimpin negara?

    paling jahat ialah mahathir.. dendam kesumatnya tak dapat dikawal lagi.. dia mulakan propaganda fitnah perspsi Najib telah bersalah dan FBI akan tangkap.. jahat sngguh si tua munafik ini..

    tak putusa asa dia dlm bab nak menjahanmkan org lain..

  5. Anonymous says:

    Tun M dah lebih 90 ...duduk rumah aje la..22 tahun dan bertimbun harta masih tak cukup ke....

  6. Anonymous says:

    Tun M kata mungkin najib akan ditangkap bila keluar negara. Sah, bijak Tun M. Najib telah ditangkap gambar berpuluh malah beratus kali sejak keluar negara 2 hari lepas. Habislah najib kali ini.......

  7. Anonymous says:

    Tun M kata mungkin najib akan ditangkap bila keluar negara. Sah, bijak Tun M. Najib telah ditangkap gambar berpuluh malah beratus kali sejak keluar negara 2 hari lepas. Habislah najib kali ini.......

  8. Anonymous says:

    Sebenarnya, percayalah, tak ada apa yg berlaku pun.

    Najib ok ajer kat NY

    Rakyat AS dan pemimpin dunia pun tak heran pasal kononnya Najib ada skandal dan jugak pasal 1MDB...

    Mereka pun dah faham sgt dgn 2 akhbar amerika ni...beritanya tak boleh pakai dan tak boleh dipercayai...

    Cuma kita kat Malaysia ajer yg bodoh dan percaya berita yahudi ni bulat bulat....

    Tak ada pemimpin dunia pun yg nak sibuk tanya pasal 1MDB...???

    Percayalah pada kuasa Allah....Malaysia memang sentiasa dirahmati...

    Kepada Mahathir, berhentilah dari bersuara dan bercakap....sebab ramai org dah muak dengan mukut longkang dan double standard dia...

    Dia dah mula jilat semula ludah dia....inilah balasan pada org yg masih tak mahu bersyukur di usia yg dah senja ni...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.