..

..

ANAK TPM JADI MANGSA POLITIK KEBENCIAN NETIZEN MACAI PEMBANGKANG #BERSIH4

on Saturday, September 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hairan sekali  mana-mana  individu yang mengutuk BERSIH seperti dilakukan oleh anak TPM terus mendapat kritikan dan cacian  netizen seperti adalah pro pembangkang  . 

Tetapi apabila mereka mengutuk , mencaci & memijak gambar PM di himpunan haram itu  dianggap hak kebebasan dan demokrasi . 

Jadi di mana hak bersuara disuarakan oleh pihak tidak bersetuju dengan BERSIH?  Mereka juga ada hak bersuara di negara !

Tak cukup dengan itu dia difitnah lagi kononnya mendapat gelaran 'Dato" kerana menjadi askar .  

Inilah wajah POLITIK KEBENCIAN  media sosial netizen  Malaysia yang  terus menghukum tanpa memeriksa fakta dan kebenarannya terhadap individu tidak disukai dan dibenci mereka . 



KUALA LUMPUR: Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab soalan serta kritikan netizen yang diterimanya di media sosial, berkenaan status dan gelaran "Dato’".

Dato' Nurulhidayah Ahmad Zahid, 36, melalui laman Instagramnya menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan gelaran itu diterima kerana jasa beliau sebagai 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah.

“Hak bersuara saya dinafikan, tetapi saya tampil untuk menafikan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan bahawa gelaran "Dato'" itu adalah kurniaan yang saya terima kerana menjadi 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah,” jelas Nurulhidayah.

Menurut beliau, gelaran itu diberi berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Anak TPM itu juga menjawab persoalan netizen dengan berkata, gelaran "Dato'" tidak terhad kepada 'jasa'  yang diberikan oleh seseorang kepada sesebuah negeri, malah ia adalah satu kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yang Tuanku kehendaki.

Nurulhidayah yang juga merupakan Leftenan Muda Askar Wataniah menegaskan beliau tidak akan menjatuhkan maruah angkatan Askar Wataniah yang menjadi sanjungan tinggi padanya.

“Gelaran Dato' itu adalah gelaran di dunia sahaja; yang akan mengangkat kita di akhirat kelak adalah pahala daripada amal kebaikan yang kita lakukan semasa hidup.

"Darjat yang kekal adalah di sana.

“Kepada yang mencipta dan menyebar fitnah, kita akan berjumpa di mahkamah Allah kelak, saya tunggu.”
Sebelum ini, Nurulhidayah mengundang kemarahan netizen menerusi kenyataannya Facebooknya yang menyelar Perhimpunan Bersih 4 sebagai 'kerja bodoh'.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.