..

..

Amerika & FBI Tidak Berminat Menyiasat Najib sebab tuduhan tak berasas ?

on Tuesday, September 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Desas desus mengatakan bahawa pihak keselamatan Amerika Syarikat terutamanya Federal Bereau Investigation (FBI) akan menyoal siasat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak jelas tidak berasas sama sekali.

Perkara ini hangat diperkatakan berikutan tindakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang dilaporkan bakal bertemu dengan wakil dari FBI di New York sebelum beliau ditangkap dan disiasat dibawah Seksyen 124L dan 124N Kanun keseksaan.

images (11)
Dalam hal ini pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa Perdana Menteri tidak ditangkap atau di soal siasat oleh FBI memandangkan Perdana Menteri kini berada di New York sempena Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu di sana.

Mengulas tentang hal ini, jurucakap FBI mengesahkan mereka tiada sebab untuk menyoal siasat Perdana Menteri berhubung tuduhan salah laku 1MDB dan kononnya terdapat penyelewengan dana yang dilakukan Perdana Menteri di Malaysia.

Menurut jurucakap ini, FBI tiada kuasa untuk menyoal siasat seorang pemimpin sesebuah negara hanya berlandaskan laporan akhbar dan hanya sekadar tuduhan tanpa disertakan dengan bukti jelas.

images (12)

Tambahan pula, FBI beranggapan, semua tuduhan yang dilemparkan keatas Datuk Seri Mohd Najib bersandarkan cubaan musuh politik untuk melemahkan kedudukan beliau. FBI juga menyifatkan, urusan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia yang membuktikan tiada salah laku yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib sudah cukup untuk membuktikan beliau bersih dari sebarang tuduhan.
Jelas disini, pihak berkuasa luar negara seperti FBI juga memperakui ketelusan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia. Agak membingungkan bagaimana rakyat Malaysia sendiri mempertikaikan ketelusan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan dan tuduhan liar yang dilemparkan kepada Datuk Seri Mohd Najib. -sumber-


2 Responses

  1. TM n balaci dia boleh arahkan tak FBI siasat ttg kes jerebu ini..mungkin ini juga disebabkn oleh PM DSN punya pasal

  2. Anonymous says:

    Janganlah cuba nak cover PM pulak ! Apakah benar ada jurucakap FBI berkata sedemikian? Kalau benar ada, siapakah nama jurucakap FBI berkenaan supaya senang kami berhubung dengan pihak FBI bagi mendapat kesahihan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.