..

..

AKHBAR CINA ANALISIS NAJIB TAK GOYAH & TERJEJAS #BERSIH4 @NajibRazak

on Thursday, September 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



RINGKASAN TERJEMAHAN ANALISIS AKHBAR CINA MENGENAI BERSIH 4. DITULIS OLEH TAY TIAN YAN TIMBALAN KETUA PENGARANG SIN CHEW DAILY..

1. Najib dan UMNO jelas tidak goyah dan terjejas oleh BERSIH 4. Sokongan untuk Najib bersandar kepada sokongan akar umbi UMNO. Majoritinya adalah Melayu yang menebal dgn semangat kebangsaan dan tetap kekal menyokong beliau.

2. MCA dan GERAKAN menanggung rugi besar. Kaum Cina tidak percaya mereka dan UMNO pula semakin mencurigai pendirian MCA yg kelihatan bersimpati dengan BERSIH 4. UMNO melihat MCA dan Gerakan  sebagai parti yg lemah dan tidak lagi mampu menarik sokongan orang Cina.

3. Kehadiran Tun M ke Dataran Merdeka gagal memenangi hati kedua dua belah pihak. Dia dianggap diktator  yg sering menindas sebarang perhimpunan awam. Dia tidak ada tempat di kalangan para demonstran pada hari tersebut di mana 80% daripadanya adalah kaum Cina. Dia juga dikecam hebat oleh ahli UMNO dan majoriti orang Melayu kerana menghadiri BERSIH 4. Imej Tun M sebenarnya terjejas teruk.

4. Malang untuk Anwar dan keluarganya kerana laungan BEBASKAN ANWAR tidak kedengaran sama sekali dan ditenggelami oleh tiupan hingar bingar vuvuzela.

5. Gerakan Harapan Baru diaibkan kerana gagal membawa penyokong yang ramai. GHB boleh diramalkan bungkus awal selepas PRU ke 14.

6. Ustaz Hadi Awang tentu ketawa besar kerana keputusannya memulaukan BERSIH 4 telah memalukan DAP. Dia melakukan perjudian politik yang mahal tetapi menang besar kerana menumpaskan sekaligus GHB, PKR dan DAP.

7. Kegagalan BERSIH bukan sahaja dari segi jumlah kehadiran yang tidak seimbang antara kaum tetapi dicemari oleh berbagai insiden biadap seperti memijak potret DS Najib dan DS Hadi Awang. Tindakan mereka membawa penyapu dan menyapu potret Rosmah membangkitkan lagi kemarahan rakyat yang bertamaddun dan mengukuhkan lagi PERPADUAN MELAYU.



Buktinya pada 16.9.2015 ini akan ada perhimpunan yang dinamakan sebagai perhimpunan RAKYAT BERSATU di Bukit Bintang. Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh BERSIH 4. Kalau mereka boleh berhimpun kenapa tidak RAKYAT BERSATU.


One Response

  1. Anonymous says:

    KEPADA BANGSA CINA, TERUTAMA YANG BERAGAMA BUDHA, ADALAH MENJADI SATU "KEUNTUNGAN" (ONG) KEPADA SESEORANG YANG DI " SEMBAHYANGKAN" SEMASA ORANG ITU MASIH HIDUP. SO THANK YOU "BERSIH SAI (4)" YANG MENDOKONG "KEMATIAN" KEPADA "BERSIH 4"

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.