..

..

TOKOH UMNO DALANG GULING KERAJAAN DAH KECUT DENGAN ZAHID HAMIDI

on Sunday, August 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Pemimpin UMNO yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata pemimpin berkenaan telah sedar akan kesalahannya dan bersedia untuk bertemu dengan Najib dan pertemuan itu dijangka diadakan 6 petang ini .


"Maklumat yang saya dapat ini sahih, bukan maklumat tepi jalan dan maklumat ini saya peroleh daripada orang yang hadir mesyuarat itu sendiri.

"Kalau saya tak timbulkan perkara ini daripada sekarang, mungkin lebih ramai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah dibeli dengan penandatanganan Aku Janji itu," katanya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tampin di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan Datuk Jalaludin Alias.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan memang ada rancangan meminta anggota Parlimen BN supaya 'menyeberang' bersama-sama dengan pihak pembangkang dengan menandatangani surat aku janji untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

"Saya kenal siapa peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak perlu sebut nama peguam itu, (dia) bukan peguam kita.

"Saya cuma tak boleh sebut nama tapi maklumat dan rancangan jahat ini betul," katanya.

Ahmad Zahid berkata UMNO tidak akan mengizinkan sebarang cubaan untuk mengulingkan kerajaan melainkan melalui pilihan raya.

"Kita tidak mahu perkara ini terjadi kerana kita sayangkan kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat secara sah dan demokratik.

"Sistem dan acuan Malaysia mesti dihormati oleh semua parti politik yang ada dalam negara kita," katanya.


2 Responses

  1. Dalangnya ialah....jeng jeng jeng

    Antara perbualan yg sempat dirakam...

    Saya dah cuba alih isu ni Datuk, tapi dia org tetap tak berganjak
    Semalam saya kata ada dalang....kat Tampin pulak , Pemuda bahagian dah lulus usul suruh Datuk letak jawatan.
    Biru muka saya tuk.
    Oleh sebab tak dapat cari dalang, kita settle kat sini je la
    Datuk turun, lantik saya ganti, everything ok, u n ur family will be ok..kan saya ni jaga KDN

    Cerita dalang ni hanya wayang Zahid utk alih perhatian perwakilan Umno yg sdg bermesyuarat
    Zahid harap, org2 Umno yg dianggapnya bodoh akan bincang cara nak cari dalang sambil main hp dan brrselfie

  2. Anonymous says:

    Tokoh UMNO ni kesetiaan baginya senipis kulit bawang agaknya. Kalaulah 87 MP pembangkang, 35 BN maknanya pembangkanglah yg jadi peneraju? Is he really happy with this? X sependapat itu normal tapi x perlu berpecah. When come to hard time like this, semua mesti sokong PM dan organisasi. Afterall, x de kesalahan jenayah. Yg ada hanyalah masalah yg boleh diselesaikan. Masalah memang biasa berlaku dalam kehidupan. Hanya kerana masalah diperbesarkan melalui fitnah yg dijaja oleh pihak2 tertentu, adakah perlu menjadi boneka dan barua seperti kata Hadi Awang. Harap ahli2 UMNO bersatu semula umpama biduk lalu kiambang bertaut.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.