Johari Abdul Ghani
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, sebab utama langkah tersebut tidak boleh dilakukan di negara ini kerana ekonomi Malaysia yang bersifat terbuka dan banyak menjalankan urus niaga perdagangan dengan beberapa negara luar.
Katanya, Malaysia bakal berhadapan dengan kesan buruk seperti kelembapan ekonomi sekiranya menambat mata wang negara berikutan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain dalam jangka masa panjang.
“Sebenarnya ter­da­pat beberapa fak­tor yang menjadi punca penurunan ringgit antaranya penurunan mendadak harga komoditi minyak mentah dan minyak sawit milik negara.
“Selain itu, tindakan pelabur-pe­la­bur asing yang menjual pelaburan jangka pendek ma­sing-masing di negara ini dan menukar kepada dolar Amerika Syarikat berikutan jangkaan peningkatan kadar faedah di negara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Johari, berdasarkan statistik, harga minyak mentah misalnya menurun sebanyak 50 peratus daripada AS$100 (RM396.4) tahun lalu kini nilainya jatuh kepada AS$50 (RM198.21) setong manakala minyak kelapa sawit pula merosot ke paras sehingga RM2,000 bagi satu tan.
Katanya, berita dan khabar angin mengenai situasi politik negara turut menyumbang kepada kejatuhan mata wang negara kerana pelabur-pelabur asing dan usahawan luar tidak yakin dengan pelaburan Malaysia terutama di bursa saham.