..

..

SEBAB " TEMA " PDRM TAK SERTAI PERARAKAN HARI KEBANGSAAN P.PINANG

on Monday, August 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.

"Selagi Pulau Pinang nak guna tema sendiri, polis tidak akan ikut serta (dalam sambutan) Hari Kebangsaan tahun ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Khalid berkata pihaknya hanya akan menyertai sambutan tersebut sekiranya kerajaan negeri itu menggunakan tema Hari Kebangsaan 2015 iaitu 'Sehati Sejiwa'.

Semalam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Susulan itu juga, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengarahkan semua sekolah di negeri itu supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan.


One Response

  1. Ahaiiii
    Kalau dari dulu kan baik.

    Aku ni kureng paham sgt ttg perlembagaan negara, kalau salah tolong betulkan

    LGE ni jawatan dia dlm DAp belum disahkan brikutan EGM cacamarbanya yg digantung ROS.
    Adakah tanpa pengesahan ini LGE layak memegang KM Penang?
    Bagaimana dgn wakil rakyat2 DAP yg mnduduki kerusi2 yg dimenang di negeri2 dlm Malaysia.

    Bagaimana pula dgn peruntukan kewangan yg disalurkan kpd Penang dan wakil2 rakyat DAP?

    Dulu Umno pernah diharamkan, tapi itu pengharaman parti.
    DAP ini adakah isunya hanya EGM yg digantung, bagaimana dgn tindakan ke atas prrtubuhan tersebut kerana jika sesebuah pertubuhan gagal mnghantar minit mesyuart dan penyata kewangan, pihak ROS boleh mngambil tindakan.

    Apakah selama ini kerajaan Persekutuan berurusan dgn kerajaan haram/ halimunan?

    Bagaimana kerajaan boleh membiarkan perkara ini berlarutan begitu lama kerana jika ada sesuatu yg berlaku membabitkan pertembungan kuasa kerajaan pusat dan negeri, siapa yg akan bertanggungjawab?

    Patutlah selama ini, LGE sering menyalahkan kerajaan persekutuan bila timbul sesuatu isu di Penang.
    Adakah ini bermakna LGE mmg tau dia tak punya apa2 kuasa ?

    Mohon pencerahan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.