..

..

RAFIZI KAKI KENCING DAKWA RINGGIT AKAN PULIH JIKA NAJIB LETAK JAWATAN

on Monday, August 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





YB Rafizi Ramli menyatakan bahawa nilai ringgit akan kembali kukuh ANDAI YAB Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Apa yang beliau tidak nyatakan kepada rakyat adalah ketika YAB Dato' Seri Dr. Mahathir dan Dato' Seri Amwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ringgit Malaysia pernah mencecah USD 1.00 bersamaan RM 4.80 dan tiada sesiapa yang mendesak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu meletakkan jawatan. 

Tiada sesiapa juga yang membuat andaian bahawa dengan perletakan jawatan mereka akan meningkatkam nilai ringgit Malaysia.

YB Rafizi juga tidak menyatakan kepada para pengikut dan penyokongnya bahawa banyak nilai matawang negara-negara di seluruh dunia jatuh merudum lebih teruk dari ringgit Malaysia berikutan pengukuhan Dollar Amerika.

Saya gembira jika YB Rafizi Ramli memberitahu para pengikut dan penyokong beliau bahawa Malaysia tersenarai di tempat ke 8 terbaik dunia (dari 144 buah negara) dari aspek keberkesanan pengurusan kerajaan, ketelusan pentadbiran serta ekonomi berdaya saing.

Cukuplah menipu para pengikut dan penyokong sendiri sejak zaman berzaman bahawa negara akan bankrap dan hadapilah saman-saman fitnah yang sediada dengan tenang sebelum kembali ke alam arwah. -

 ZAMZURI MOHAMED TAHIR -



3 Responses

  1. Anonymous says:

    rasa2nya pandangan rafizi memang betol.
    Jika pemimpin itu amanah maka pelabur akan datang melabur di sini.
    Bila ramai pelabur nilai ringgit akan naik.

    Bila pemimpin amanah
    ramai pemain saham akan membeli mata wang ringgit
    nilai mata wang ringgit akan naik

    tapi bila banyak sangat isu membimbangkan,
    pemain mata wang asing takut membeli ringgit
    orang tak beli ringgit
    kesannya ringgit jatuh

    jika tukar pm, kepercayaan pelabur dan pemain mata wang akan meningkat
    maka mereka akan melabur dan membeli ringgit
    maka nilai ringgit akan naik

    kalau tak percaya...cuba la.

  2. Anonymous says:

    nk cuba ngn sapa??? menteri pasola ke. taat je la dgn yg ada.

  3. Anonymous says:

    PM skrg cukup malu dan sudah membawah banyak masalah confidence dgn investor. Kalau kamu dapat "donation dari luar neagara, kamu boleh janji MACC lepaskan awak ke? Kenapa dia pula boleh buat tax tau?? Tanpa penjelasan!!! Guna duit rakyat EPF, Tax rakyat utk melabur project 1MDB yg membawah kerugian teruk. Memalukan rakyat Malaysia, sampai seluruh dunia pon kena issue PM kami... Cuba baca berita yg berlaku kepada PM kat Korea, punca apa dia dipenjarakan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.