..

..

PROVOKASI #BERSIH4.0 MENGGANAS DI NEGERI KERAJAAN DAP , TUNGGU NASIB KL NANTI 29 OGOS ! #TOLAKBERSIH4

on Wednesday, August 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Penyokong BERSIH 4  kini semakin menggila menjelang countdown himpunan haram mereka pada 29 Ogos di Kuala Lumpur .  
Hari ini di P.Pinang negeri ditadbir kerajaan DAP  ,  mereka telah  mengganas dengan melakukan vandalisme ke atas premis awam dan kereta rakyat negeri ini .  
Ini bagi menunjukkan kepada pihak berkuasa iaitu POLIS bahawa mereka bersedia melakukan apa saja agar hasrat mereka melakukan demontrasi nanti di Kuala Lumputr tercapai .

Rakyat negeri ini yang terbabit insiden ini wajar  mendesak   kepada Guan Eng agar memberi penjelasan  selaku Ketua Menteri negeri ini  kerana beliau antara  yang menyokong kuat himpunan BERSIH 4 !!

GPB difahamkan pada hari Sabtu ini juga  akan diadakan ceramah BERSIH 4 di Tapak Ekspo Seberang Jaya bagi menggalakkan penyokong2 mereka ke Kuala Lumpur 29 Ogos ini .




Kurang Ajar, Kecewa dan Marah. Itu lah ungkapan rakyat Pulau Pinang apabila banyak premis awam dan persendirian serta kenderaan persendirian dirosakkan dan diconteng di sekitar Georgetown Pulau Pinang. Penganjur perlu bertanggung terhadap vandalisme ini dan menanggung segala kos pembaikan tersebut.
Sebelum bermulanya perhimpunan ini, mereka telah merosakkan dan menconteng premis dan kenderaan, bayangkanlah semasa perhimpunan tersebut. Banyak kedai tidak dapat beroperasi, jalan terpaksa ditutup, pihak PDRM terpaksa mengawal keselamatan dan berkemungkinan kenderaan dan premis akan dirosakkan oleh peserta himpunan haram ini. 
Ini lah harga sebuah perhimpunan haram yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia demi memperjuang kepentingan peribadi dan politik sempit mereka.
Sebagai rakyat yang bijak membuat penilaian, kita seharusnya menolak perhimpunan sebegini kerana ianya tidak mempunyai matlamat khusus dan membawa kemudaratan lebih daripada kebaikan.
Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Pulau Pinang
19 Ogos 2015


3 Responses

  1. Polis elok duduk di rumah di berek dan balai..biar military and military police yg jaga demo tu..kita tengok nanti siapa yg nak kena..

  2. Memang kurang ajar,patutnya kena diajar.

  3. Memang kurang ajar,patutnya kena diajar.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.