..

..

POLIS DIMINTA SIASAT DAKWAAN PORTAL MALAYSIA DAILY OPINION DEDAH KONSPIRASI GULING KERAJAAN

on Thursday, August 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR: Naib presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk huan Cheng Guan mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat sejauh mana kebenaran kandungan penulisan dalam sebuah portal.
Menurutnya kandungan di dalam artikel yang dimuatnaik dengan tajuk
Is Dr. Mahathir the lead character in Malaysian House of Cards? | Malaysia Daily Opinion – melalui laman  http://malaysiadailyopinion.com/politics/is-dr-mahathir-the-lead-character-in-malaysian-house-of-cards/  itu  yang mula menjadi viral sejak pagi tadi disifatkan terlalu ekstrem dalam setiap dakwaannya kerana telah melibatkan beberapa nama barisan pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim yang dikatakan cuba berkonspirasi dengan pihak luar, Clare Brown untuk tujuan gulingkan kerajaan.

Selain beberapa nama tersebut, portal itu turut menamakan mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembantunya, Sayed Yusof, sebagai pihak yang terlibat dalam jenayah bersama pemilik The Edge, Tong Kooi Ong.
Justeru, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi petang tadi bertujuan untuk meminta pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya mengenai kesahihan dakwaan tersebut.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.