..

..

Pengawai No 2 SB Ditukar, Malaysiakini spin tidak tahu alasan tukar dituduh Berang

on Thursday, August 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dakwaan malaysikini bahawa bekas timbalan pengarah cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador berang ekoran ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sangat tidak masuk akal.
Laporan yang mereka sendiri tulis lanngsung tidak menunjukkan Abdul Hamid atau marah.
Abdul Hamid yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun, menerima surat pertukarannya semalam hanya menyatakan beliau tidak tahu alasan mengapa pertukaran itu dibuat.
“Saya tak tahu atas alasan apa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di situ,” katanya kepada Malaysiakini.
“Hal pertukaran saya ini, awak kena tanya IGP (Tan Sri Khalid Abu Bakar) kerana beliau yang mengesahkan surat pertukaran saya,” katanya ketika dihubungi.
Diasak berikutnya, Abdul Hamid berkata beliau sebenarnya “tiada masalah” ditukarkan ke mana sahaja.
“Saya OK, tidak ada masalah (ditukarkan ke mana-mana). Jangan tanya saya kenapa saya ditukarkan, tanya mereka lah. saya tidak mahu buat spekulasi,” katanya.
Ditanya sama ada pertukarannya berkaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hamid berkata: “Tiada komen.”
Sementara itu, ketika dihubungi Khalid mengesahkan pertukaran Abdul Hamid ke JPM tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya. 
Sementara itu, Abdul Hamid berkata beliau secara rasmi telah melepaskan jawatannya pagi tadi tetapi belum lagi membuat keputusan sama ada akan menerima jawatan di JPM.
“Saya belum terima jawatan di JPM. Saya haya melepaskan jawatan saya saja. Pagi tadi saya lepaskan jawatan saya,” katanya.- mykmu.net


One Response

  1. mat din says:

    37 tahun pengalaman tu,lebih lebih lagi dalam cawangan khas.kalau berang bukan orang cawangan khas.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.