..

..

PEMUDA UMNO PP SOKONG PENGARAH JPN , KERAJAAN DAP TAK PATRIOTIK @RRafizal @dzainalabidin

on Saturday, August 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini menyokong penuh tindakan yang dibuat Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, YBhg Dato' Haji Osman Bin Hussain yang mengarahkan semua sekolah di Pulau Pinang agar tidak menyertai Perarakan Hari Kemerdekaan Kali Ke-58 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pemuda UMNO Pulau Pinang menyifatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebagai tidak patriotik tetapi hanya ingin mengetengahkan sentimen politik semata-mata. 

Tindakan beliau itu tepat dan kena pada masanya kerana tema sambutan kemerdekaan bagi negeri Pulau Pinang iaitu "Bersih" yang sememangnya tidak melambangkan semangat patriotik langsung dan hanya cuba mempromosikan perhimpunan haram mereka.

 Tema mereka juga berbanding dengan tema sambutan pada peringkat kebangsaan iaitu "Sehati Sejiwa" yang mempunyai roh tersendiri seperti kesepaduan, kesefahaman, kekitaan, dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

Sewajarnya sambutan Hari Kemerdekaan ini temanya haruslah bersifat patriotik dan bukan bersifat sentimen politik dengan ideologi politik kotor mereka yang menyatakan politik mereka sahaja bersih sedangkan pada hakikatnya lebih kotor daripada itu.

Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan sikap tidak hormat kepada Kerajaan Persekutuan dengan membuat tema sendiri berbanding negeri-negeri lain mengikut tema peringkat kebangsaan. Ini menunjukkan sikap kedegilan dan kebiadapan mereka terhadap Kerajaan Persekutuan yang sah diberi mandat oleh rakyat.

Sudah-sudahlah berpolitik sehinggakan ulangtahun Kemerdekaan Negara juga hendak dipolitikkan.
Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang juga ingin mengajak semua rakyat Negeri Pulau Pinang memboikot Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya terus menghasut rakyat dengan sentimen politik yang cukup menjengkelkan tanpa mengira hati dan perasaan orang lain.
Sekali lagi Pemuda UMNO Pulau Pinang mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg Dato' Pengarah Pendidikan Negeri yang sememangnya bijak dan bersifat patriotik.
Sekian terima kasih.
'SEHATI SEJIWA'
Salam hormat dari saya,
RAFIZAL ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Kaum tu ada patriotik ka ntah ntah makna patriotik pun tak tahu.

  2. Anonymous says:

    Hello...KPUMNOPP....ingat cina pendatang bangsat ni nk sgt dengaq cakap korang..??? Depa tak kan dengaq sebab Chinese is Chinese faham... tak kan nak dengaq cakap bangsa lain selain dari Chinese...?

  3. Anonymous says:

    Hidup MAMAK tongkang

  4. Anonymous says:

    Eloklah orang Melayu dah mula nampak permainan politik pemmpin DAP ni. Disamping eloklah kita ingatkan anak-anak muda kita jangan terpengaruh dgn pemimpin politik Melayu ygn jelas hanya menjadi lembu politik pemimpin DAP.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.